KEMAMAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan kompaun dengan nilai keseluruhan RM30,050 terhadap 203 peniaga di seluruh negara atas pelbagai kesalahan berkaitan perniagaan, sejak 21 April lepas.
Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid berkata daripada jumlah itu 90 peniaga dikenakan kompaun kerana kesalahan tidak meletakkan tanda harga, diikuti gagal menggunakan tanda harga khas (60) dan menjual melebihi harga maksimum yang ditetapkan (53).
"Semua kesalahan ini dikesan hasil pemeriksaan pegawai penguat kuasa di 29,170 premis seluruh negara (561 borong dan 28,609 premis runcit) bersempena pemeriksaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2021 yang bermula 21 April lepas.
"Skim kawalan harga barang bukan bertujuan untuk menyekat keuntungan peniaga dan pemborong, sebaliknya bertujuan menstabilkan harga barang selain memastikan pengguna tidak teraniaya," katanya kepada pemberita ketika meninjau pemeriksaan harga barangan di sebuah pasar raya di Kijal hari ini.
Rosol yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata KPDNHEP tidak menolak kemungkinan akan meneruskan skim kawalan harga barang keperluan selepas Aidilfitri sekiranya berlaku kenaikan harga barang yang mendadak.
"Sekiranya harga barang terus naik melampau (selepas raya), kita boleh laksanakan kawalan harga ini. Komitmen kita, tidak tunggu musim perayaan, tetapi kita boleh laksanakannya pada bila-bila masa sekiranya ada kenaikan harga melampau... bukan hanya melibatkan ayam dan daging, tetapi semua barang keperluan makanan," katanya.
Beliau turut menasihati pengguna agar sentiasa merujuk aplikasi Price Catcher yang telah disediakan oleh pihak KPDNHEP untuk membuat perbandingan harga mengikut lokasi pilihan bagi mendapatkan barangan pada harga berpatutan.
Rosol berkata sebarang aduan mengenai peniaga boleh dibuat dengan merujuk kepada portal [email protected], talian Hotline KPDNHEP 1800-886-800, e-mel [email protected], aplikasi Telefon Pintar EzADU, Pusat Arahan Penguatkuasaan, WhatsApp ke 019-279 4317, Facebook dan Twitter KPDNHEP atau boleh hadir sendiri ke mana-mana pejabat KPDNHEP di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 06 2021
Datuk Rosol Wahid berkata daripada jumlah itu 90 peniaga dikenakan kompaun kerana kesalahan tidak meletakkan tanda harga, diikuti gagal menggunakan tanda harga khas (60) dan menjual melebihi harga maksimum yang ditetapkan (53). - Gambar fail/BERNAMA
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.
Pembinaan 7,243 MyKiosk dalam tempoh dua tahun ubah nasib lebih 7,000 keluarga - Nga
Inisiatif MyKiosk itu telah membantu 7,243 keluarga meningkatkan pendapatan serta memperkasakan taraf sosioekonomi penduduk setempat.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat berikutan kebimbangan mengenai gangguan bekalan yang disebabkan oleh hujan dan banjir di negara pengeluar utama, kata peniaga.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Khamis, apabila sentimen pasaran didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau.
Harga santan cecah RM16 sekilogram
Peniaga mengakui terpaksa menaikkan harga santan sehingga RM2 berikutan berlaku kenaikan harga kelapa di peringkat pembekal.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan menyusut kepada 4.4765/4820 berbanding unit negara maju daripada 4.4715/4780 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Yayasan PEKEMA lancar program Charity BOX, nafas baharu kepada aktiviti kebajikan
Dalam program berkenaan sumbangan berjumlah RM40,900 disalurkan kepada Pertubuhan Kebajikan Pusat Jagaan Sri Mesra.
Pasaran saham AS lonjak ke paras tertinggi berikutan keyakinan terhadap kemenangan Trump
Indeks Dow Jones Industrial Average meningkat 1,508.05 mata atau 3.57% kepada 43,729.93. SP 500 menambah 146.28 mata atau 2.53%.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS pada Jumaat menjelang pengumuman data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) malam ini dan pilihan raya presiden AS pada minggu depan.