205 individu ditahan ingkar SOP PKP, 18 melibatkan pusat hiburan

Fareez Azman
Mac 6, 2021 10:56 MYT
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata seramai 205 individu ditahan kerana ingkar SOP PKP pada Jumaat.
KUALA LUMPUR: Seramai 205 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Jumaat.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, daripada jumlah berkenaan, 193 dikompaun sementara sembilan direman manakala tiga lagi dijamin.
Beliau berkata, antara kesalahan yang dikesan pihak berkuasa termasuk tidak memakai pelitup muka dan aktiviti pusat hiburan.
Katanya, mereka yang ingkar SOP kerana tidak memakai pelitup muka adalah seramai 70 orang, gagal menyediakan peralatan/ merekod diri/ pelanggan (62), tiada penjarakan fizikal (25), aktiviti pusat hiburan (18) dan merentas daerah/ negeri tanpa kebenaran (16).
Sementara enam premis beroperasi lebih masa/ tanpa kebenaran pula sebanyak manakala empat individu keluar rumah tanpa alasan munasabah dan empat orang lagi atas lain-lain kesalahan.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, sebanyak 63,131 pemeriksaan dijalankan pada Jumaat menerusi Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Seramai 3,292 Pasukan Pematuhan melibatkan 15,113 anggota telah membuat pemantauan di 5,780 buah restoran, pasar raya (4,423), bank (4,236), penjaja (2,165), pasar awam/tani (2,439), kilang (1,410) dan pejabat kerajaan (1,041).
“Turut dipantau ialah tempat ibadah (3,840), tempat riadah (1,607), terminal pengangkutan darat (1,426), terminal pengangkutan air (315) dan terminal pengangkutan udara (200)," kata beliau dalam kenyataan media pada Sabtu.
#ismail sabri yaakob #PDRM #SOP #Media #Polis Diraja Malaysia #perintah kawalan pergerakan #pelitup muka #PKP #kerajaan #hiburan #menteri #operasi