awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

21 ahli kongsi gelap Geng 04 India didakwa

Astro Awani
Astro Awani
14/08/2017
04:37 MYT
21 ahli kongsi gelap Geng 04 India didakwa
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa telah menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng 04 India antara 1 Januari 2015 hingga 29 Julai 2017. - Foto Astro AWANI
Seramai 21 ahli kongsi gelap Geng 04 India termasuk seorang remaja berusia 17 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen George Town hari ini atas kesalahan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang sejak dua tahun lalu.
Kesemua tertuduh yang berusia antara 17 hingga 57 tahun mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Norsalha Datuk Hamzah.
Sementara seorang lagi didakwa di Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana sedang menerima rawatan. Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan bersalah direkodkan daripada mereka.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa telah menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng 04 India antara 1 Januari 2015 hingga 29 Julai 2017.
Mereka didakwa mengikut Sub Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin dan Muhammad Fadzlan Mohd Noor manakala hanya 12 tertuduh diwakili peguam.
Norsalha kemudiannya menetapkan tarikh 14 September depan sebagai sebutan semula kes. Kesemua tertuduh juga tidak dibenarkan diikat jamin.
Topic Berkaitan
#Geng 04 India
#Hospital Pulau Pinang
#mahkamah
#Mahkamah Sesyen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan