awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
25/12/2025
23:40 MYT
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
Banjir kilat menjejaskan 21 buah rumah di Pulai Raya Taman Muda, Simpang Pulai, pada awal pagi Jumaat. - Gambar ihsan APM 
IPOH: Hujan lebat berterusan sekitar dua setengah jam menyebabkan berlaku banjir kilat di Pulai Raya Taman Muda, Simpang Pulai, dekat sini, lewat malam tadi.
Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD), Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kinta dalam satu kenyataan memaklumkan, mereka menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 9.31 malam.
Menurutnya, sebanyak 21 buah rumah di Lorong Pulai Raya 4 terjejas apabila dimasuki air tetapi tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.
“Paras air mula menurun kepada 0.3 meter kira-kira jam 1.06 pagi sebelum turun lagi ke paras 0.22 meter tidak lama kemudian,” katanya.
Menurut laporan itu lagi, banjir dipercayai berpunca apabila sistem saliran tersumbat disebabkan projek perumahan baharu.
“Hujan telah berhenti dan kerja-kerja mengorek saliran yang tersumbat menggunakan jengkaut telah selesai dijalankan,” ujarnya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Wong Chai Yee serta pegawai dari Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) turut melawat kawasan yang terjejas.
Topic Berkaitan
#banjir Simpang Pulai
#Pulai Raya Taman Muda
#sistem saliran tersumbat
#Pusat Penempatan Sementara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan