MALAYSIA
21 motosikal hangus dalam kebakaran awal pagi di Jalan Transfer
Pasukan penyelamat mengambil masa hampir 30 minit bagi mengawal api daripada merebak. -Sinar Harian
GEORGE TOWN: Sebanyak 21 buah motosikal musnah dalam kebakaran melibatkan dua buah premis di Jalan Transfer di sini awal pagi Ahad.
Ringkasan AI
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.20 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lebuh Pantai bergegas ke lokasi kejadian.
Menurutnya, kebakaran melibatkan sebuah kedai runcit dan sebuah bengkel motosikal.
"Kedua-dua premis berkenaan mengalami kemusnahan dengan anggaran 40 peratus bagi kedai runcit dan 70 peratus bagi bengkel motosikal.
"Kebakaran turut memusnahkan 21 buah motosikal dengan kadar kemusnahan dianggarkan 80 peratus," katanya dalam satu kenyataan.
John Sagun berkata, pasukan penyelamat mengambil masa hampir 30 minit untuk mengawal api daripada merebak.
Tambahnya, operasi memadamkan kebakaran turut dibantu oleh anggota dari BBP Bagan Jermal, BBP Jalan Perak dan BBP Bayan Baru.
"Api berjaya dikawal pada jam 5.02 pagi dan operasi pemadaman sepenuhnya selesai pada jam 6.55 pagi.
"Operasi ditamatkan pada jam 7.57 pagi dan tiada mangsa terlibat kerana premis berkenaan tidak berpenghuni ketika kejadian," katanya. -Sinar Harian
Ringkasan AI
- Kebakaran awal pagi Ahad di Jalan Transfer memusnahkan 21 motosikal serta dua premis, iaitu kedai runcit dan bengkel motosikal.
- Pasukan bomba mengambil masa hampir 30 minit untuk mengawal api daripada merebak, dengan bantuan beberapa balai bomba sekitar.
- Tiada mangsa terlibat kerana premis tidak berpenghuni, dan operasi pemadaman selesai sepenuhnya pada jam 6.55 pagi.