KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan membina 21 pos kawalan baharu dalam usaha memperkasa keselamatan di sempadan negara.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata 14 daripada pos kawalan yang telah siap dibina itu adalah di Sarawak, lima di Sabah dan dua di Semenanjung.
Beliau berkata pembinaan pos kawalan berkenaan amat penting bagi memastikan usaha Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mengawal sempadan negara terus diperkasakan.
"Ia selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahu sebarang usaha mencabar kedaulatan negara ditangani sebaiknya," katanya dalam sidang media khas di Wisma Pertahanan, di sini pada Isnin.
Mengenai inisiatif perumahan anggota ATM, Hishammuddin berkata sebanyak 5,769 unit Rumah Angkatan Tentera (RKAT) telah siap dibina manakala 1,509 unit sedang dibina dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2033.
Beliau berkata bagi program 'Satu Anggota Satu Rumah' (SASaR), sebanyak 3,500 unit sedang dibina di Kem Sungai Besi, di sini manakala 7,343 unit akan dibina di Kem Genting Klang dan Kem Wardieburn juga di ibu negara.
Mengenai inisiatif kebajikan tentera, Hishammuddin berkata kementeriannya merancang untuk menaik taraf lima Hospital Angkatan Tentera dan membina lima buah poliklinik baharu.
"Setakat ini, poliklinik di Kem Penrissen (Sarawak) telah 99 peratus siap dan tiga poliklinik sedang dibina dan sebuah lagi bakal dibina," katanya.
Sementara itu, Hishammuddin berkata petunjuk prestasi utama dalam tempoh 100 hari kementeriannya akan memberi fokus terhadap pelaksanaan inisiatif terutamanya yang berimpak tinggi termasuk perolehan kapal misi persisir yang dijangka pada hujung September ini dan pesawat peninjau maritim pada akhir November.
Mengulas mengenai pembinaan Hospital Medan di Pulau Pinang, beliau berkata kelulusan telah diberikan dengan pengoperasian penuhnya dijadualkan pada hujung minggu ini.
"Saya sudah arahkan Tentera Darat Malaysia untuk mendirikan Hospital Medan terbabit yang akan dilengkapi 100 unit katil pesakit kategori empat dan lima serta empat katil unit rawatan rapi (ICU).
"Pengatur gerakan peralatan hospital itu akan dibuat Rabu ini dengan seramai 50 petugas ATM akan terlibat sementara selebihnya petugas daripada Hospital Pulau Pinang sendiri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 13 2021
Kementerian Pertahanan membina 21 pos kawalan baharu dalam usaha memperkasa keselamatan di sempadan negara. -Gambar fail/BERNAMA
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 13 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Disember 2024
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
Niaga SPOTLIGHT: The Generational Wealth Revolution – Millennials & Gen Z Redefining Wealth
By 2045, a staggering USD 84 trillion will move from the hands of Baby Boomers to Millennials and Gen Z in a massive generational transfer of wealth.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Kerajaan Syria gantung Perlembagaan, Parlimen tiga bulan
Satu jawatankuasa kehakiman dan hak asasi manusia akan dibentuk untuk mengkaji Perlembagaan dan kemudian memperkenalkan pindaan.
Kerajaan baharu Syria ucap terima kasih kepada negara yang membuka semula misi diplomatik
Lapan negara yang sudah membuka misi diplomatik mereka di Syria ialah Mesir, Iraq, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Bahrain, Oman dan Itali.
Belanjawanku 2024/2025: Panduan perbelanjaan bulanan rakyat, anggaran baharu
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, panduan ini mampu membantu rakyat Malaysia menghadapi cabaran dalam menguruskan perbelanjaan isi rumah, sementara KWSP menyediakan landasan untuk membina simpanan persaraan yang mencukupi.
Empat pos kawalan dipindahkan selepas dinaiki air banjir - PGA8
Empat pos kawalan ini dinaiki air sedalam antara 0.4 hingga 0.5 meter dan kesemua anggota terpaksa dipindahkan berikutan arus agak deras.
21 pos kawalan baharu dibina di sempadan negara - Hishammuddin
Empat belas daripada pos kawalan yang telah siap dibina itu adalah di Sarawak, lima di Sabah dan dua di Semenanjung.
Dakwaan langgar SOP: Azmin dan Ummi Hafilda akan dipanggil beri keterangan - Polis
Maklumat awal polis mendapati sambutan tersebut hanyalah dalam kalangan keluarga menteri itu sahaja dan tidak membabitkan pihak luar.
PGA edar gambar Sajat di pos kawalan, elak bolos ke negara jiran
Gambar Sajat mula diedarkan sejak bulan lepas namun sehingga hari ini pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat melibatkan individu berkenaan.
ATM, PGA kekal kawal sempadan meskipun banjir, pos dinaiki air
Kesemua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditempatkan di sempadan Malaysia-Thailand di sini, akan dikekalkan, meskipun ada beberapa pos mereka dinaiki air.
Sabah akan bina pos kawalan di Pulau Tiga
Menterinya Datuk Jafry Ariffin berkata Pulau Tiga sering berdepan dengan masalah pencerobohan oleh nelayan tempatan dan asing, selain penggunaan bom ikan yang menjadi ancaman kepada hidupan marin.
PGA hasrat bina stadium mini, tugu peringatan Sarjan Baharuddin
Kecintaan serta minat mendiang dalam sukan bola sepak sangat mendalam bermula sebagai pemain sehingga menjadi ketua pasukan dan jurulatih pasukan Batalion 3.
Tidak gentar, malah terus semangat gempur anasir penyeludupan - PGA
Empat kejadian tembakan dalam tempoh sebulan adalah jumlah kes yang agak tinggi dalam tempoh singkat, namun ia tidak sesekali menjejaskan emosi mereka dalam menjalankan tugas.
Kementerian Pertahanan disaran tambah anggota tentera di sempadan negara
Cadangan tambah bilangan pos kawalan sekurang-kurangnya sebanyak 25 pos atau mewujudkan satu pos bagi setiap 40 kilometer sempadan.
Tunggu masa untuk roboh, RM16 juta bina semula pos kawalan Wallace Bay
Pos kawalan tersebut merupakan check point bagi laluan perjalanan laut dari Nunukan, Indonesia ke Tawau, yang kini digunakan oleh Polis Diraja Malaysia dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 Tawau.