Proses pengundian pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian bermula pada pukul 8 pagi ini dengan 13,233 pengundi biasa akan menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka 21 pusat pengundian melibatkan 16 buah sekolah rendah dan menengah, tiga dewan serba guna/balai raya serta dua rumah panjang.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata daripada 21 pusat pengundian itu pusat undi di Sekolah Kebangsaan (SK) St Patrick Mukah di Kuala Lama mempunyai jumlah pengundi terbanyak iaitu 1,323 orang dan akan ditutup pada pukul 5 petang.
"Pusat mengundi SK Kuala Kenyana Mukah dari daerah Kenyana mempunyai jumlah pengundi paling sedikit iaitu 152 pengundi dan akan ditutup pada pukul 2 petang," katanya.
PRK Balingian menyaksikan persaingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) iaitu bekas pegawai daerah Dalat Yussibnosh Balo, 48, dan seorang ahli perniagaan Abdul Jalil Bujang,55, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Yussibnosh adalah anak tempatan manakala Abdul Jalil berasal dari Bintulu, tiga jam perjalanan darat dari Mukah.
Yussibnosh akan mengundi di Dewan Serba guna Kampung Tellian Tengah, Mukah yang terletak tidak jauh daripada kediaman ibu bapanya manakala Abdul Jalil bukan pengundi berdaftar di DUN itu.
Proses pengundian awal PRK DUN Balingian berlangsung pada 25 Mac lepas dengan 132 atau 99.25 peratus pengundi awal menjalankan tanggungjawab di Dewan Serba guna Ibu Pejabat Polis Mukah.
SPR menjangka 10,586 atau 80 peratus pemilih akan keluar mengundi hari ini.
Bernama
Sat Mar 29 2014
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Seorang maut, nahas dua kereta di Ipoh
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Peugeot.
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Petronas umum penemuan gas kedua di perairan cetek Balingian, Sarawak
Petronas Nasional Bhd (Petronas) mengumumkan penemuan gas di telaga cari gali 'wildcat' Kulintang-1, Blok SK438, yang terletak di perairan cetek daerah kecil Balingian, Miri Sarawak.
Mahkamah tolak permohonan untuk reman suspek pembunuhan Balingian
Majistret Zuriani Ali Musa menolak permohonan reman yang dikemukakan ASP Lee Chee Keat atas alasan kesemua sembilan suspek itu boleh membantu dalam siasatan yang sedang dijalankan.
PAS, Amanah kalah di semua kerusi
PAS dan parti serpihannya, Amanah bukan sahaja gagal mendapat sebarang kerusi pada pilihan raya Sarawak ke-11 kali ini, malah tujuh calon PAS, sembilan calon Amanah masing-masing hilang wang deposit.
BN kekal kerusi DUN Balingian
Barisan Nasional mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Balingian setelah menewaskan calon PKR dengan majoriti 6,911 undi.
PRK Balingian: 60 peratus keluar mengundi setakat 12 tengah hari - SPR
Kata SPR Peratusan itu ialah yang tertinggi dan tidak pernah dicatat dalam pilihan raya umum atau PRK sebelum ini.
21 pusat mengundi PRK DUN Balingian dibuka
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka 21 pusat pengundian melibatkan 16 buah sekolah rendah dan menengah, tiga dewan serba guna/balai raya serta dua rumah panjang.
PRK Balingian: Proses penamaan lancar tanpa insiden
Proses penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.51 Balingian yang berlangsung hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden dan gangguan.
SPR terima pengosongan DUN Balingian, mesyuarat 6 Mac
SPR telah menerima makluman rasmi dari Speaker Dewan Undangan negeri Sarawak berhubung dengan pengosongan kerusi DUN Balingian.
Taib Mahmud akan kosongkan kerusi DUN Balingian pada Jumaat
Taib dilaporkan akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang DiPertua Negeri Sarawak Ketujuh pada Sabtu, selepas menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong.