216 kes tipu pelaburan patuh syariah disiasat, kerugian lebih RM11 juta

Bernama
Ogos 12, 2023 22:15 MYT
Polis sedang menyiasat 216 kes berkaitan skim penipuan pelaburan "patuh syariah" di seluruh negara melibatkan kerugian lebih RM11 juta sejak 1 Jan hingga 11 Ogos lepas.
KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat 216 kes berkaitan skim penipuan pelaburan "patuh syariah" di seluruh negara melibatkan kerugian lebih RM11 juta sejak 1 Jan hingga 11 Ogos lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kes-kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan usaha mengesan anggota sindiket berkenaan giat dijalankan.
"Polis mengingatkan masyarakat supaya tidak terpedaya dengan promosi pelaburan yang memaparkan gambar figura terkenal dan menjanjikan keuntungan terlalu lumayan," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar mendapatkan nasihat serta maklumat lanjut daripada sumber rasmi seperti Bank Negara, portal Semak Mule dan Suruhanjaya Sekuriti, sebelum memutuskan untuk menyertai skim pelaburan tertentu. - BERNAMA
#kes tipu pelaburan #patuh syariah #Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman #sindiket pelaburan