MALAYSIA
217 warga asing ditahan dalam operasi di dua pusat beli-belah
Sebanyak 217 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam operasi di dua pusat beli-belah yang menjadi tumpuan di ibu negara dan Ampang hari ini. - Foto JIM/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Sebanyak 217 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam operasi di dua pusat beli-belah yang menjadi tumpuan di ibu negara dan Ampang hari ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Lokman Effendi Ramli berkata operasi selama tiga jam pusat beli-belah di Pudu dan Ampang Jaya itu melibatkan 120 anggota dan pegawai JIM bersama 13 pegawai Jabatan Pendaftaran Negara.
Beliau berkata dalam operasi di Pudu, 652 warga asing diperiksa dan daripada jumlah itu 65 orang ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.
"Di lokasi kedua sebanyak 394 warga asing diperiksa dan 152 daripadanya ditahan atas kesalahan sama," katanya kepada pemberita selepas tamat operasi berkenaan.
Lokman Effendi berkata semua yang ditahan berusia 21 hingga 63 tahun, terdiri daripada 55 lelaki dan 162 wanita.
Beliau berkata warga asing yang ditahan terdiri daripada 89 warga Myanmar, Indonesia (60), Filipina (51), India (lima), Nepal (lima), Bangladesh (tiga), Pakistan (dua) dan masing-masing seorang daripada Nigeria dan Jerman.
Katanya, semua yang ditahan dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Beranang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dan kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.
Lokman Effendi berkata bermula 1 hingga 15 Jan lepas, pihaknya telah menjalankan sebanyak 504 operasi di seluruh negara dan menahan 1,759 warga asing atas pelbagai kesalahan imigresen.
"Turut ditahan 35 orang majikan," katanya.
-- BERNAMA