awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

220 kawasan dikesan seluruh negara dijadikan penempatan pendatang tanpa izin - KP Imigresen

Bernama
Bernama
17/01/2024
09:23 MYT
220 kawasan dikesan seluruh negara dijadikan penempatan pendatang tanpa izin - KP Imigresen
Sebanyak 220 kawasan di seluruh negara dikesan dijadikan penempatan pendatang tanpa izin, kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Ruslin Jusoh. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 220 kawasan di seluruh negara dikesan dijadikan penempatan pendatang tanpa izin, kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Ruslin Jusoh.
Beliau berkata 220 kawasan itu, antaranya terdiri daripada penempatan yang dibina mereka sama ada secara haram atau sah, serta unit rumah atau bangunan yang disewa mereka.
"Imigresen akan membuat operasi besar-besaran di seluruh negara secara berterusan, berhubung kawasan yang dikesan ini dan kami tidak akan berkompromi.
"Sebagai rekod, seramai 3,262 pendatang ditahan bagi tempoh 1 sehingga 16 Jan (semalam) atas pelbagai kesalahan imigresen, antaranya tiada pasport, tinggal lebih had masa dan bina penempatan haram," katanya dalam sidang media khas di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, di sini, hari ini.
Ruslin berkata dalam tempoh sama, imigresen telah menahan seramai 35 majikan yang menggaji pendatang tanpa izin secara haram di premis mereka.
"Saya ingin memberi peringatan kepada mana-mana majikan tempatan yang menggajikan pendatang secara haram akan diambil tindakan, kami tidak beri muka kepada mereka ini.
"Majikan tempatan kebanyakannya dilihat menyalahgunakan pas, memberikan penempatan haram kepada pendatang, agar mereka terus bekerja di negara ini," katanya.
Beliau berkata imigresen akan melakukan pemeriksaan di setiap premis termasuk restoran.
Ruslin berkata pihaknya juga akan terus memperluaskan operasi mengesan majikan di seluruh negara yang masih berdegil, walaupun telah diberi amaran berkali-kali sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jabatan imigresen
#Ruslin Jusoh
#penempatan
#endatang Tanpa Izin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan