awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025

Bernama
Bernama
24/04/2024
20:30 MYT
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Tengku Zafrul ketika membentangkan laporan pada Sidang Media Pengumuman Kad Laporan MITI bagi suku pertama 2024 di Menara Miti, Kuala Lumpur, 24 Apr 2024. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,214 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) berjaya dipasang setakat 20 Mac, 2024, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata pencapaian itu sebahagian daripada komitmen Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Malaysia menyasarkan untuk memiliki 10,000 stesen pengecas EV menjelang 2025, yang terdiri daripada 9,000 unit pengecas arus ulang alik (AC) dan 1,000 unit pengecas arus terus (DC) pantas, seperti digariskan dalam Pelan Tindakan Mobiliti Rendah Karbon (LCMB) 2021-2030, yang dilancarkan pada 2021.
"Daripada 2,214 stesen pengecas EV yang dipasang, 1,741 adalah pengecas arus ulang-alik dan 473 pengecas pantas arus terus," kata Tengku Zafrul pada sidang media selepas mengumumkan kad laporan suku pertama 2024 MITI di sini semalam.
Mengenai program Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas), beliau berkata rebat bernilai RM4.8 juta daripada 1,995 permohonan telah diluluskan setakat 31 Mac 2024.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MITI
#EV
#kenderaan elektrik
#stesen pengecas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan