Seramai 222 majikan di Sarawak didapati gagal mematuhi perintah gaji minimum yang ditetapkan kerajaan sepanjang tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak, Awang Raduan Awang Omar.
Beliau berkata kesalahan itu dikesan hasil penguatkuasaan ke atas 6,346 premis pekerjaan di Sarawak, dan majikan berkenaan telah diberikan notis untuk membetulkan gaji pekerja mereka.
"(Alasan) biasanya melibatkan keuntungan atau (berniaga) di tempat terpencil di samping mereka tidak mendapat maklumat tentang perintah terbabit," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, pada Selasa.
Awang Raduan berkata pihaknya sebelum ini telah membuat hebahan meluas berhubung perintah terbabit, bukan sahaja melalui laman web tetapi juga melalui radio dalam pelbagai bahasa.
Mengulas lanjut, beliau berkata bagi tempoh antara 2015 dan 2019, JTK Sarawak telah membuka 101 kertas siasatan bagi menyiasat majikan yang gagal membayar gaji minimum, dan daripada jumlah itu, 29 kes telah dihadapkan ke mahkamah dan 24 daripadanya telah disabitkan kesalahan.
"Selain itu, sebanyak 38 kes telah ditutup kerana ia telah diselesaikan manakala 34 kes yang lain masih dalam tindakan penyiasatan," katanya sambil menambah jumlah keseluruhan denda yang dikenakan adalah sebanyak RM194,203.57.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 04 2020

Bagi tempoh antara 2015 dan 2019, JTK Sarawak telah membuka 101 kertas siasatan bagi menyiasat majikan yang gagal membayar gaji minimum.

Lebih 17,000 terima dos pertama vaksin COVID-19 di Thailand
Sejumlah 17,697 individu di Thailand telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 setakat ini.

Kenduri tahlil antara punca kes COVID-19 di Terengganu hari ini
Tindakan sebuah keluarga berkumpul bagi menghadiri kenduri tahlil dalam jumlah ramai tanpa pematuhan SOP yang sempurna menjadi antara punca kes baharu COVID-19 di Terengganu hari ini.

Agenda AWANI Asia: Sinergi & inovasi pacu pembangunan mampan serantau
China telah membuktikan kepada dunia komitmen mereka dalam usaha pembangunan mampan. Malaysia – di mana pula kedudukan kita? Apa yang boleh kita belajar dan bagaimana semua pihak perlu berganding bahu menuju Agenda Pembangunan Mampan?

Kalah teruk PRU14, MCA temui semula matlamat asal parti
Kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) memberi peluang untuk MCA kembali kepada hala tuju dan matlamat asalnya, iaitu membangunkan Malaysia untuk semua.

AWANI Ringkas: COVID-19: 1,680 kes baharu, 7 kematian | LHDN nafi siasatan bermotifkan politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00PM).
![AWANI 7:45 [06/03/2021] - Gaduh di simpang jalan raya | Menjelang PRU ke-15 | Dakwaan 'Datuk Seri' cuba sogok AWANI 7:45 [06/03/2021] - Gaduh di simpang jalan raya | Menjelang PRU ke-15 | Dakwaan 'Datuk Seri' cuba sogok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1894025/42418330501615037212247_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [06/03/2021] - Gaduh di simpang jalan raya | Menjelang PRU ke-15 | Dakwaan 'Datuk Seri' cuba sogok
Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 AWANI!

Maritim Malaysia tahan kapal kargo buang sisa minyak di perairan negara
kapal itu ditahan pada kedudukan kira-kira 21.7 batu nautika timur laut Pulau Jarak, Selangor sekitar jam 12 tengah hari.

Vaksin COVID-19: Tiada paksaan, tidak langgar Akta 342 jika tidak ambil - Takiyuddin
Suntikan vaksin melalui Program Imunisasi Kebangsaan di buat secara percuma dan sukarela ke atas individu yang tersenarai.

UMNO, Bersatu perlu muafakat demi masa depan - Rais Yatim
UMNO dan Bersatu perlu bermuafakat demi masa depan dan pemegangan politik kepada orang Melayu, kata tokoh politik veteran Tan Sri Rais Yatim.

UMNO-Bersatu | Hanya Presiden PAS akan membuat keputusan terbaik
Hanya Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi penentu kepada hala tuju parti sama ada meneruskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau UMNO menjelang Piihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).Menurut Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar, ketika ini juga jelasnya berlaku perselisihan dalam kalangan pemimpin PAS untuk membuat keputusan terbaik demi survival parti itu.

222 majikan gagal patuhi perintah gaji minimum di Sarawak
Kesalahan itu dikesan hasil penguatkuasaan ke atas 6,346 premis pekerjaan di Sarawak, dan majikan berkenaan telah diberikan notis untuk membetulkan gaji pekerja mereka.