awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 100 terkorban dalam serangan kumpulan bersenjata di tengah Nigeria - Sumber
Sri Lanka perkukuh hubungan dengan Malaysia, seru diaspora bantu ekonomi
Satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi, 804 disaring, 33 positif - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

23 cedera dalam gempa bumi di selatan Turki

Bernama
Bernama
11/08/2023
07:26 MYT
23 cedera dalam gempa bumi di selatan Turki
Gempa kali ini berlaku kira-kira enam bulan selepas gempa bumi dahsyat melanda wilayah berkenaan. - Gambar hiasan
ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 23 orang cedera dalam gempa bumi pada magnitud 52 yang menggegarkan selatan Turki, kata Menteri Kesihatan Fahrettin Koca pada petang Khamis.
Gempa kali ini berlaku kira-kira enam bulan selepas gempa bumi dahsyat melanda wilayah berkenaan.
Pusat pemantauan gempa bumi Kandilli di Istanbul melaporkan gempa itu berlaku pada 8.47 malam (1747 GMT) Khamis, dengan pusat gempa di perbandaran Yesilyurt wilayah Malatya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Dalam bencana pada 6 Feb, wilayah Malatya adalah antara kawasan yang paling terjejas teruk, menyaksikan kira-kira 2,300 orang meninggal dunia, menurut Datuk Bandar Selahattin Gurkan.
Dua gempa bumi kuat dan banyak gempa susulan pada 6 Feb lepas, menggegarkan tenggara Turki dan utara Syria, mengorbankan lebih 50,000 orang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Turki
#angka korban
#mangsa cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan