awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

23 individu termasuk 12 remaja didakwa promosi judi dalam talian

Bernama
Bernama
14/01/2022
09:33 MYT
23 individu termasuk 12 remaja didakwa promosi judi dalam talian
Seramai 23 individu termasuk 12 remaja bawah umur dan empat wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan mempromosikan perjudian dalam talian, Jumaat lepas. - Foto BERNAMA
GEORGE TOWN: Seramai 23 individu termasuk 12 remaja bawah umur dan empat wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mempromosikan perjudian dalam talian, Jumaat lepas.
Kesemua tertuduh yang berusia 16 hingga 32 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin di hadapan Majistret Rosnee Mohd Radzuan.
Seramai 13 tertuduh didakwa secara bersama melakukan kesalahan itu di sebuah kondominium di Persiaran Gurney di sini pada kira-kira 5.20 petang, 7 Jan lepas manakala 10 lagi didakwa secara bersama melakukan kesalahan sama di sebuah kondominium di Jalan Kelawai di sini pada 6.45 petang, hari sama.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM5,000 dan maksimum RM50,000 dan penjara maksimum tiga tahun serta denda minimum RM5,000 dan maksimum RM50,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Syairah Aqilah Khalil menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap tertuduh.
Peguam Pang Chuin Keat yang mewakili kesemua tertuduh memohon mahkamah mengenakan satu jumlah jaminan yang munasabah kerana kesemua tertuduh masih bujang, tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tiada rekod lampau.
Rosnee membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Mac depan untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#judi dalam talian
#remaja bawah umur
#Persiaran Gurney
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan