MALAYSIA
23 kes ajaran sesat dikesan di Selangor sejak 2019 - Exco
Menurut Mohammad Fahmi, Kerajaan Negeri Selangor mengambil pendekatan intervensi dan pendidikan untuk meningkatkan kesedaran. - Foto Bernama
SHAH ALAM: Sebanyak 23 kes berhubung ajaran sesat dikesan dan diambil tindakan penguatkuasaan di negeri ini sejak 2019 hingga 2024, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu hari ini.
Ringkasan AI
Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata daripada jumlah itu, sebanyak 12 kes disabitkan kesalahan, manakala baki 11 lagi sedang melalui proses perbicaraan di Mahkamah Syariah.
"Antara ajaran sesat yang telah diambil tindakan ialah Syiah, 'Millah Abraham', 'Hizbut Tahrir', Rasul Melayu dan Tuhan Harun," katanya.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Chua Wei Keat (PH-Rawang) yang ingin tahu kes yang pernah berlaku di Selangor serta tindakan yang diambil selain tindakan kerajaan negeri untuk mengawal penyebaran ajaran sesat.
Mohammad Fahmi berkata antara pendekatan diambil kerajaan negeri bagi mengawal penyebaran ajaran sesat di Selangor adalah menerusi pendekatan intervensi melalui penjelasan, pendidikan, pemantauan dan penguatkuasaan kepada ajaran sesat yang dikenal pasti tersebar.
Beliau berkata maklumat berkaitan hal itu juga disebarkan melalui penerbitan bahan bercetak, serta media elektronik selain sesi khutbah Jumaat turut digunakan bagi memberi kesedaran berkait dengan ajaran sesat.
"Selain itu, kerajaan negeri menguatkuasakan undang-undang dengan kerjasama pelbagai agensi berkepentingan di samping melaksanakan proses pemulihan dan bimbingan kepada mereka yang terlibat," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Sebanyak 23 kes ajaran sesat dikesan di Selangor sejak 2019, melibatkan ajaran seperti Syiah, Millah Abraham, Hizbut Tahrir, Rasul Melayu dan Tuhan Harun; 12 kes disabitkan, 11 lagi masih dibicarakan.
- Kerajaan negeri Selangor ambil pendekatan intervensi dan pendidikan, termasuk penguatkuasaan undang-undang, maklumat bercetak, media elektronik serta khutbah Jumaat untuk meningkatkan kesedaran.
- Kerjasama antara agensi dan usaha pemulihan dijalankan bagi membimbing individu terlibat dalam ajaran sesat dan menyekat penyebarannya secara sistematik.