awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

23 lelaki termasuk 19 pelajar sekolah ditahan merusuh di Pantai Puteri

Bernama
Bernama
05/04/2024
04:12 MYT
23 lelaki termasuk 19 pelajar sekolah ditahan merusuh di Pantai Puteri
Zainol berkata kesemua individu berkenaan ditahan secara berperingkat di sekitar kawasan Tanjung Kling, Malim dan Tanjung Minyak bermula 2 petang hingga 9 malam pada Rabu lepas. - Gambar fail/Bernama
MELAKA: Seramai 23 lelaki termasuk 19 pelajar sekolah menengah ditahan kerana merusuh dalam kejadian di Pantai Puteri, Tanjung Kling di sini pada 29 Mac lepas.
Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata kesemua individu berkenaan ditahan secara berperingkat di sekitar kawasan Tanjung Kling, Malim dan Tanjung Minyak bermula 2 petang hingga 9 malam pada Rabu lepas.
Beliau berkata kesemua pelajar terlibat dari sekolah menengah yang berbeza di sekitar Tanjung Kling dan dalam kejadian itu seorang pelajar berusia 15 tahun lebam seluruh badan serta muka akibat dipukul.
"Siasatan awal mendapati pergaduhan melibatkan dua kumpulan disebabkan rasa tidak puas hati serta selisih faham melibatkan insiden lama yang berpunca daripada perbuatan ejek-mengejek yang akhirnya mencetuskan pergaduhan.
"Polis turut merampas tiga topi keledar dan sebatang kayu dipercayai digunakan dalam kejadian itu dan kesemua suspek telah dirakam percakapan dan tidak direman," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Semalam, tular di media sosial video berdurasi 4.09 minit memaparkan insiden pergaduhan itu dan nenek kepada mangsa berusia berusia 15 tahun itu membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Kling pada 31 Mac lepas.
Mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#merusuh
#Pantai Puteri
#Polis Melaka
#pelajar ditahan
#Zainol Samah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan