awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka
Kerajaan rangka langkah pastikan harga ikan lebih berpatutan di Semenanjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

23 pelajar sekolah menengah di Dungun dipercayai keracunan makanan

Bernama
Bernama
13/05/2016
23:51 MYT
23 pelajar sekolah menengah di Dungun dipercayai keracunan makanan
Kesemua pelajar berkenaan telah dihantar ke Hospital Dungun semalam selepas mengadu sakit perut dan mengalami cirit birit. - Gambar hiasan
Kira-kira 23 pelajar sebuah sekolah menengah di Dungun dipercayai mengalami keracunan makanan selepas menikmati hidangan yang disediakan di dewan makan sekolah itu.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Shafruddin Ali Hussin berkata kesemua pelajar berkenaan telah dihantar ke Hospital Dungun semalam selepas mengadu sakit perut dan mengalami cirit-birit.
Katanya 176 pelajar telah menikmati hidangan nasi ayam yang disediakan pihak dewan makan dan 23 daripada mereka mengalami simptom keracunan makanan.
"Sejurus menerima rungutan itu kesemua pelajar berkenaan telah di bawa ke hospital dan menerima rawatan dan dirawat sebagai pesakit luar...semua mereka juga telah pulih.
Setakat ini tiada kes baru dan berulang yang menimpa para pelajar berkenaan," katanya ketika dihubungi, di sini, pada Jumaat.
Difahamkan kejadian berpunca daripada menu makan malam yang disediakan pada malam dua hari lepas sebelum pelajar terbabit mengadu sakit perut dan cirit-birit hari berikutnya.
Mengulas lanjut Shafrudin berkata Jabatan Kesihatan telah datang ke sekolah berkenaan bagi melakukan pemeriksaan dan mengeluarkan notis terhadap pihak dewan makan untuk ditutup bagi tujuan pembersihan.
Katanya, pihaknya kini memantau keadaan pelajar yang terlibat dan menunggu tindakan selanjutnya daripada Jabatan Kesihatan berhubung insiden itu.
Topic Berkaitan
#dewan makan sekolah
#keracunan makanan
#Shafruddin Ali Hussin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan