MALAYSIA
23 penduduk Kampung Sungai Baru gagal tangguh perintah pengosongan kediaman
Peguam Datuk Rosal Azimin Ahmad yang mewakili 23 penduduk itu berkata antara alasan rayuan tersebut ditolak ialah pelaksaanan (pengosongan kediaman) telah dijalankan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuan 23 penduduk Kampung Sungai Baru untuk mengetepikan keputusan mahkamah sebelum ini berhubung permohonan untuk menangguhkan perintah pengosongan kediaman mereka.
Peguam Datuk Rosal Azimin Ahmad yang mewakili 23 penduduk itu berkata antara alasan rayuan tersebut ditolak ialah pelaksaanan (pengosongan kediaman) telah dijalankan.
"Pada hari ini, mahkamah menolak rayuan itu dengan kos sebanyak RM10,000," katanya ketika ditemui media selepas prosiding dalam kamar Hakim Su Tiang Joo, yang diturut dihadiri seorang lagi peguam iaitu Azura Mokhtar yang mewakili penduduk.
Bagaimanapun, Rosal Azimin berkata pihak penduduk diberikan peluang untuk menulis surat kepada peguam pemaju, supaya dibenarkan masuk bagi mengambil barang-barang di kediaman mereka.
Beliau berkata pihaknya juga akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan dalam tempoh masa terdekat berhubung perkara ini.
"Kita akan dapatkan arahan lanjut daripada anak-anak guam. Tempoh yang dibenarkan undang-undang untuk memfailkan rayuan ialah dalam masa 30 hari," kata Rosal Azimin.
Berdasarkan notis rayuan yang diperoleh media, 23 penduduk berkenaan merayu terhadap keputusan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Qasiratul Jannah Usmani Othman, yang menolak permohonan mereka bagi menangguhkan writ milikan dikeluarkan pada 4 Jun dan pelaksanaaan writ terbabit pada 15 Julai.
Penduduk yang bertindak selaku perayu menamakan syarikat pemaju KL City Gateway Sdn Bhd (dikenali sebelum ini sebagai Ritzy Gloss Sdn Bhd) sebagai responden.
Pada 11 Sept, media melaporkan suasana tegang tercetus di Kampung Sungai Baru selepas beberapa penduduk yang berdepan tindakan pengusiran, enggan berpindah dari kediaman masing-masing.
Isu pengambilan tanah Kampung Sungai Baru berkenaan, membabitkan 67 rumah teres dan 14 blok pangsapuri dikenali sebagai Pangsapuri Sungai Baru dengan proses pengambilan tanah bermula sejak 2016.
-- BERNAMA