awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

23 tahun berteduh dalam pondok selepas rumah terbakar

Sinar Harian
Sinar Harian
10/05/2023
04:18 MYT
23 tahun berteduh dalam pondok selepas rumah terbakar
Baitulmal MAIWP berkata, pondok tersebut dibina sendiri oleh warga emas dikenali Othman di atas tanah berstatus setinggan. - Gambar/ Baitulmal MAIWP
KUALA LUMPUR: Seorang warga emas mendirikan pondok untuk berteduh daripada panas dan hujan selepas rumah didiaminya musnah dalam kebakaran pada 2000.
Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berkata, pondok tersebut dibina sendiri oleh warga emas dikenali Othman di atas tanah berstatus setinggan.
Menurutnya, Othman nekad tinggal di pondok tersebut selepas tidak berkemampuan menyewa rumah.
"Keadaan pondok tersebut sangat daif dengan ketiadaan sumber air dan bekalan elektrik yang sempurna.
"Bagaimanapun, Othman tiada daya dan mampu bertahan serta meneruskan kehidupan sehingga hari ini dengan bantuan ihsan daripada masyarakat dan masjid yang berdekatan," menurut perkongsian di Facebook rasminya pada Selasa.
Sebagai meringankan beban, Skuad Jejak Asnaf agensi itu telah menasihati Othman untuk mencari kediaman yang lebih selesa.
"Othman tidak perlu bimbang mengenai deposit mahu pun sewa bulanan kerana bakal dibantu MAIWP," ujar kenyataan itu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kesusahan rakyat
#Baitulmal
#MAIWP
#pondok buruk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan