24 kluster baharu dikesan, 15 melibatkan tempat kerja

Umavathi Ramayah
Jun 12, 2021 10:50 MYT
Dengan angka terbaharu ini ia menjadikan sejumlah 761 kluster aktif setakat ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 24 kluster baharu, 15 daripadanya melibatkan kategori tempat kerja dikesan dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, tujuh lagi kluster melibatkan jangkitan dalam komuniti dan dua kluster pusat tahanan di Pulau Pinang dan Kelantan.
Angka terbaharu itu menjadikan sejumlah 761 kluster aktif setakat ini.
"Pada masa yang sama setakat ini sebanyak 1,701 kluster telah ditamatkan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Berikut adalah perincian mengenai 24 kluster baharu:
#Kluster tempat kerja #Kluster Pusat Tahanan #Kluster baharu #Kementerian Kesihatan #Noor Hisham Abdullah #Adham Baba #jangkitan #COVID-19 #KKM