awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

24 Mei pengurusan kes nusyuz Musa Hassan, isteri

Sinar Harian
Sinar Harian
05/04/2023
10:07 MYT
24 Mei pengurusan kes nusyuz Musa Hassan, isteri
Pada 31 Mac lalu, Musa memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Elly Afizahwati, sehari selepas wanita yang juga bekas ahli perniagaan, memfailkan permohonan cerai. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu menetapkan 24 Mei depan untuk pengurusan kes permohonan nusyuz bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan terhadap isterinya, Puan Sri Elly Afizahwati Abdul Jalil.
Peguam syarie, Datuk Hazizah Kassim yang mewakili Elly Afizahwati, 42, berkata, mahkamah menetapkan tarikh tersebut bagi membolehkan pihaknya melengkapkan dokumen dan penyerahannya dapat dilakukan kepada Musa.
Pada tarikh itu juga, peguam syarie ini berkata, anak guamnya yang hadir di mahkamah dengan memakai baju kurung akan mengemukakan tuntutan balas, berhubung isu tersebut.
Isteri Musa Hassan fail cerai
Sementara itu, Elly Afizahwati berkata, keputusan untuk berpisah kekal sehingga ke hari ini.
"Keputusan untuk bercerai diteruskan seperti mana yang dijadualkan sebelum ini," katanya.
Sementara itu, Musa, 72, yang hadir ke mahkamah dengan memakai kot biru berkemeja putih berkata, pihaknya akan mengikut prosedur yang ditetapkan mahkamah.
"Setakat ini, tiada apa yang hendak diperkatakan, tidak bercakap pun, kita ikut sahajalah prosedur mahkamah,” katanya.
Pada 31 Mac lalu, Musa memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Elly Afizahwati, sehari selepas wanita yang juga bekas ahli perniagaan, memfailkan permohonan cerai.
Bagaimanapun, Musa, yang hadir di mahkamah dengan diwakili peguam syarienya, Mohd Rifahmi Abdul Musikin tidak mendedahkan butiran tuntutan terhadap isterinya, secara menyeluruh.
Pada 31 Mac lalu, krisis rumah tangga Musa kembali diperkatakan apabila isterinya memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.
Ibu kepada seorang anak lelaki berusia lapan tahun, memfailkan permohonan berkenaan kerana shiqaq (perbalahan berpanjangan).
Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada 2 Ogos 2013 lalu dan dikurniakan seorang anak.
Sebelum ini, tiga klip video berdurasi sembilan saat, 56 saat, dan 10 saat dimuat naik pengguna Twitter memaparkan pertelingkahan antara sepasang suami isteri yang turut disaksikan seorang kanak-kanak. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Musa Hassan
#isteri
#permohonan nusyuz
#cerai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan