MALAYSIA
24 rumah musnah dalam kebakaran di Tuaran
Sebanyak 24 rumah dan sebuah kenderaan musnah dalam kebakaran di Kampung Mengkabong, Tuaran. - Gambar/ JBPM
TUARAN: Sebanyak 24 rumah dan sebuah kenderaan musnah dalam kebakaran di Kampung Mengkabong di sini semalam.
Ringkasan AI
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran Mohammad Nor Amit berkata bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.34 petang sebelum 24 anggota serta pegawai termasuk dari BBP Kota Kinabalu serta Putatan digegaskan ke lokasi kejadian.
"Operasi kemudian ditamatkan pada 10.38 malam dan punca kejadian serta kerugian masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tuaran (JPBD) dalam kenyataan memaklumkan 114 mangsa membabitkan 35 keluarga terjejas akibat kebakaran itu.
"Susulan itu, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Seri Sulaman di sini pada 7 malam tadi. Ketika ini, anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) masih mengumpul maklumat mangsa," menurut kenyataan itu.
--BERNAMA
Ringkasan AI
- Sebanyak 24 rumah dan sebuah kenderaan musnah dalam kebakaran di Kampung Mengkabong, Tuaran. Tiada mangsa cedera dan operasi pemadaman tamat pada 10.38 malam.
- Seramai 114 mangsa daripada 35 keluarga terjejas. Pusat pemindahan sementara dibuka di Dewan Seri Sulaman pada jam 7 malam.
- Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.