PORT DICKSON: Seramai 24 warga asing yang sedang berpesta menyambut tahun baharu di tepi pantai Port Dickson ditahan pihak berkuasa pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, operasi bersepadu yang bermula jam 11 malam sehingga 3 pagi itu dilakukan susulan aduan penduduk berhubung kehadiran ramai warga asing berkumpul di tepi pantai sejak tiga minggu lalu.
"Bertindak atas maklumat itu, kita melakukan serbuan di pantai Telok Kemang dan menahan 12 wanita warga Thailand, dua lelaki dan dua wanita Nigeria, empat wanita Filipina, dua wanita Indonesia, seorang lelaki dan seorang wanita Sierra Leone.
"Mereka ditahan kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada pasport sah dan visa sudah tamat tempoh," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Menurutnya, ketika serbuan pihak MPPD turut menyita beberapa peralatan menghisap shisha berdekatan stor pam air dipercayai milik kumpulan warga asing berkenaan.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut oleh sepasukan MPPD juga menemui bungkusan plastik mengandungi ketulan daun kering serta gulungan rokok disyaki ganja dianggarkan seberat 86.11 gram.
"Ujian air kencing yang dilakukan mendapati tiga daripada mereka positif dadah.
"Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 oleh Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson," katanya.
Sementara itu katanya, sebuah pusat karaoke di Bandar Dataran Segar, Lukut dikenakan kompaun kerana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana gagal mengawal jumlah pengunjung serta tiada penjarakan fizikal.
Operasi bersepadu berkenaan turut dibantu Jabatan Imigresen Negeri Sembilan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan Pejabat Kesihatan Port Dickson.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 01 2022
Polis membuat pemeriksaan warga asing yang ditahan di pantai Teluk Kemang pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
Pemandu bas kilang ditahan, rempuh penunggang motosikal sehingga maut
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Gagal capai sasaran, kerajaan tak boleh pandang ringan
Kegagalan Kerajaan untuk mencapai sasaran 30 juta pendaftar menjelang hujung bulan 3 ini harus dijadikan sebagai satu isyarat bahawa masih ada segelintir yang skeptikal tentang sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Kerajaan harus ambil cakna tentang keraguan orang ramai tentang sistem PADU sebagai satu mesej.
Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jali, masalah ini tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya,ia tercetus sebuah pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Kerajaan harus ambil cakna tentang keraguan orang ramai tentang sistem PADU sebagai satu mesej.
Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jali, masalah ini tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya,ia tercetus sebuah pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Arab Saudi dipilih pengerusikan Suruhanjaya Status Wanita (CSW) ke-69
Arab Saudi dipilih sebulat suara pada Rabu untuk mempengerusikan badan wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Suruhanjaya Status Wanita (CSW).
Tokoh Wartawan Negara 2014, meninggal dunia
2014, Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia di kediamannya 2 pagi Jumaat
ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
ICJ berkata, rakyat Palestin di Gaza menghadapi keadaan hidup yang teruk, kelaparan dan kebuluran semakin meruncing.
Penipuan kewangan: Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dijatuhi hukuman penjara 25 tahun kerana penipuan mata wang kripto yang disifatkan sebagai salah satu penipuan kewangan terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat.
OIC perlu tubuh pasukan pengaman
OIC perlu menubuhkan pasukan pengaman bagi menangani isu-isu berbangkit seperti penindasan ke atas rakyat Palestin.
Kekejaman zionis: PM Mustafa bentuk kabinet baharu Palestin
Perdana Menteri Palestin, Mohammad Mustafa membentuk kabinet baharu di mana beliau juga akan berkhidmat sebagai Menteri Luar.
Kekejaman zionis: ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebulat suara mengarahkan Israel untuk mengambil semua tindakan yang perlu dan berkesan untuk memastikan bekalan makanan asas tiba tanpa berlengah-lengah kepada penduduk Palestin di Gaza.
Pakaian dalam wanita Palestin jadi bahan gurauan tentera Israel
Ini sekali gus mencipta rekod visual yang sumbang tentang perang di Gaza ketika kebuluran yang semakin meruncing.
Polis tahan lelaki disyaki abai kanak-kanak
Laporan daripada Hospital Port Dickson memaklumkan mangsa berada dalam keadaan kritikal akibat terjatuh daripada kenderaan.
Bandar paling bahagia, Port Dickson selesa dan kondusif untuk pelbagai kaum - MB
Pencapaian Port Dickson tersenarai antara bandar paling bahagia tahun ini membuktikan pelbagai kaum di bandar itu mampu hidup bersama dalam persekitaran kehidupan yang selesa serta kondusif.
Warga emas rugi RM115,000 terperdaya pelaburan bitcoin
Suri rumah berusia awal 60-an itu tertarik dengan pelaburan melalui Accerx selepas melihat iklan di Facebook.
Negeri Sembilan sasar kedatangan lapan juta pelancong tahun ini
Negeri Sembilan menyasarkan kedatangan lapan juta pelancong ke negeri ini dengan mengatur lebih 50 acara pelancongan tahun ini.
JAS Negeri Sembilan kesan pencemaran pelupusan haram di Port Dickson
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan mengesan pencemaran berkaitan pelupusan haram disyaki bahan berbahaya di sebuah ladang kelapa sawit di Tanah Merah, Port Dickson hari ini.
Port Dickson perlu berubah, bersih, perketat penguatkuasaan undang-undang - MB Aminuddin
Agensi dan syarikat konsensi terlibat diminta lebih bertanggungjawab dalam menyelesaikan aduan pelancong, terutamanya pengunjung domestik.
LRA Sungai Linggi berbau, bekalan air di Port Dickson dan Seremban terjejas
Beberapa kawasan di daerah Port Dickson dan Seremban mengalami masalah gangguan bekalan air berikutan sumber air mentah berbau di LRA Sungai Linggi.
Sembilan gerai makanan di Teluk Kemang terbakar
Sebanyak sembilan buah gerai makanan musnah dalam satu kebakaran di hadapan Dataran Teluk Kemang, Port Dickson, malam tadi.
Kerja pembinaan jambatan Sungai Sepang dijangka dimulakan tahun hadapan - Aminuddin
Ia termasuk isu membabitkan tanah milik persendirian di negeri ini, selain perlu mendapat persetujuan kerajaan Selangor berkaitan tanah jajarannya yang turut terlibat untuk projek berkenaan.
N. Sembilan sokong cadangan bina pelabuhan kecil di Port Dickson - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju dan menyokong cadangan sebuah syarikat swasta untuk membina pelabuhan kecil di Port Dickson.