awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

240 penjawat awam, pesara terima 5 ekar tanah sumbangan Kerajaan Pahang

Mohamad Zalani Atan
Mohamad Zalani Atan
10/06/2022
02:15 MYT
240 penjawat awam, pesara terima 5 ekar tanah sumbangan Kerajaan Pahang
Antara 240 penjawat awam termasuk pesara yang menerima tawaran Skim Tanah Rakyat daripada kerajaan negeri Pahang. -Astro AWANI
PEKAN: Seramai 240 orang penjawat awam termasuk yang telah bersara menerima tawaran Skim Tanah Rakyat di Batu 8 Lepar, Pahang dengan setiap orang menerima 5 ekar tanah tanaman sawit pada Khamis.
Menurut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, inisiatif Skim Tanah Rakyat ini adalah bukti Kerajaan Pahang menghargai perkhidmatan penjawat awam yang menjadi pemangkin kemajuan negeri dan cakna kerajaan terhadap kebajikan mereka.
Tambah Wan Rosdy, pemberian Skim Tanah Rakyat adalah bertujuan membantu rakyat untuk memiliki tanah sendiri selain untuk menambah pendapatan peserta.
"Ini adalah salah satu cara kita menghargai perkhidmatan mereka di negeri Pahang yang mana mereka telah memberi perkhidmatan dan sebagai balasannya kita bagi tanah dalam bentuk skim tanah rakyat iaitu lima ekar seorang.
"Antara kriteria permohonan adalah rakyat Pahang dan penjawat awam berpendapatan rendah dengan setiap permohonan ditapis oleh Jawatankuasa Khas Penyelesaian Skim Tanah Rakyat yang bertindak sebagai jawatankuasa khusus mempertimbang pemberimilikan tanah secara berperancangan," katanya ketika ditemui media.
Menurut Wan Rosdy, Skim Tanah Rakyat ini merupakan suatu bentuk pembangunan tanah menggunakan konsep dan pendekatan Rancangan Tanah Kelompok (RTK) untuk membantu memenuhi hasrat rakyat memiliki tanah sama ada bagi tujuan membina kediaman atau aktiviti pertanian.
"Jangan lupa tanggungjawab untuk membayar cukai kerana melalui cukai inilah Kerajaan Negeri dapat menambahkan pendapatan yang sekali gus memberi manfaat langsung kepada rakyat," pesan Wan Rosdy kepada penerima.
Selain daripada Skim Tanah Rakyat, terdapat inisiatif lain yang dilaksanakan bertujuan membantu rakyat Pahang untuk memiliki tanah sendiri seperti Skim Tanah Warisan yang diperkenalkan pada 2021.
Pada Skim Tanah Warisan itu, kerajaan Pahang memberi tapak rumah seluas 8,000 kaki hingga 10,000 kaki persegi yang dilengkapi infrastruktur seperti air, jalan, dan elektrik dengan dikenakan bayaran premium sebanyak RM10,000 setiap peserta.
Wan Rosdy dalam pada itu berharap penerima Skim Tanah Rakyat ini tidak menjual tanah yang diperoleh kepada pihak lain kerana tanah ini amat bernilai.
Topic Berkaitan
#Wan Rosdy Wan Ismail
#penjawat awam
#Skim Tanah Rakyat
#5 ekar tanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan