awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2.5 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang menjelang Aidiladha - Polis

Bernama
Bernama
05/06/2025
07:32 MYT
2.5 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang menjelang Aidiladha - Polis
JSPT telah melancarkan Op Lancar dari 31 Mei hingga 8 Jun untuk memastikan kelancaran trafik. - Gambar fail/Bernama
GEORGE TOWN: Polis menjangkakan 2.5 juta kenderaan akan memasuki Pulau Pinang menjelang Aidiladha yang akan disambut Sabtu ini.

Ringkasan AI
  • Lonjakan jumlah kenderaan: Polis menjangkakan 2.5 juta kenderaan akan memasuki Pulau Pinang antara 26 Mei hingga 8 Jun, dipengaruhi oleh cuti sekolah dan musim buah-buahan.
  • Pelaksanaan Op Lancar: JSPT telah melancarkan Op Lancar dari 31 Mei hingga 8 Jun untuk memastikan kelancaran trafik, termasuk rondaan dan pemantauan di kawasan berisiko kesesakan serta kemalangan.
  • Nasihat keselamatan kepada pengguna jalan raya: Polis memberi tumpuan kepada lokasi kerap berlaku kemalangan seperti Jambatan Pulau Pinang, Jalan Masjid Negeri, Lebuhraya Dr Lim Chong Eu dan Seberang Perai Tengah, serta menasihati pengguna agar berhati-hati dan mematuhi undang-undang jalan raya.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata jumlah itu berdasarkan jangkaan Jabatan Siasatan dan Penguatkusaan Trafik (JSPT) melibatkan kenderaan yang melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) bermula 26 Mei hingga 8 Jun.
"Peningkatan ini dipercayai berpunca daripada cuti persekolahan yang berlanjutan hingga sambutan Aidiladha, selain berkemungkinan didorong faktor musim buah-buahan ketika ini di Pulau Pinang," katanya ketika dihubungi Bernama.
Justeru itu, beliau berkata JSPT telah melancarkan Op Lancar bermula 31 Mei hingga 8 Jun ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik sepanjang tempoh terbabit.
Hamzah berkata pihaknya turut menugaskan anggota secukupnya untuk melakukan rondaan dan pemantauan di kawasan berisiko kesesakan dan kemalangan.
Beliau berkata polis telah mengenal pasti beberapa lokasi kerap berlaku kemalangan di negeri ini yang akan diberikan penumpuan kawalan trafik seperti Jambatan Pulau Pinang, Jalan Masjid Negeri, Lebuhraya Dr Lim Chong Eu serta kawasan di Seberang Perai Tengah.
Sehubungan dengan itu, Hamzah menasihati pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan mematuhi undang-undang jalan raya bagi menjamin keselamatan sepanjang perjalanan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidiladha
#pulau pinang
#Op Lancar
#jumlah kenderaan sempena Aidiladha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami