awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

25 PATI dan dua tekong diberkas, cubaan masuk Malaysia ikut 'lorong tikus' gagal

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
19/07/2022
08:19 MYT
25 PATI dan dua tekong diberkas, cubaan masuk Malaysia ikut 'lorong tikus' gagal
Kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu untuk tindakan lanjut. - Foto PDRM
KUBANG PASU: Harapan 25 orang pendatang tanpa izin (PATI) yang percaya kepada dua tekong dapat menyeludup mereka masuk ke Malaysia musnah apabila mereka ditahan di Kubang Pasu, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, kemasukan kumpulan PATI itu telah dikesan dan diintip selepas mereka menaiki sebuah van jenis Nissan Urvan dan sebuah kereta Proton Saga pada jam 5.50 pagi.
Susulan itu katanya, ketika kenderaan itu melintasi laluan di Simpang Tiga Kampung Lubuk Sengkuang, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Bukit Kayu Hitam telah menahan kedua-dua kenderaan.
“Pemeriksaan di dalam kedua-dua kenderaan itu menemui 25 orang PATI warganegara Myanmar duduk berasak-asak di dalamnya.
“Terdapat 18 lelaki dan tujuh wanita dan kesemuanya berusia 19 hingga 43 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas Rodzi lagi, pemeriksaan lanjut mendapati dua lelaki yang memandu dua kenderaan itu didapati merupakan dua warga Myanmar berusia 35 dan 43 tahun.
Seorang daripadanya memiliki kad pelarian UNHCR manakala seorang lagi tiada dokumen perjalanan.
"Hasil soal siasat tekong terbabit memberitahu kesemua PATI itu masuk melalui lorong tikus melalui Danok, Thailand menembusi pagar sempadan Pos 1 dan 2 Kawalan Tentera di laluan paip gas Petronas, Felda Bukit Tangga," ujarnya.
Rodzi berkata, kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.
Topic Berkaitan
#pati
#Kubang Pasu
#laluan tikus
#warga myanmar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan