Sejumlah 25 penyelidik Malaysia diiktiraf di peringkat antarabangsa atas usaha menerbitkan artikel berimpak tinggi dalam pelbagai bidang dan paling banyak dijadikan rujukan penyelidik di seluruh dunia.
Mereka dianugerahkan Malaysia's Research Star Award 2017 yang disampaikan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.
Menurut Idris, hasil penyelidikan Malaysia telah bertambah hampir lima kali ganda dalam masa 10 tahun.
Pada tahun lalu, sebanyak 19,176 artikel saintifik berjaya diterbitkan berbanding 3,843 artikel pada 2007.
"Ia merupakan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi Clarivate Analytics and Elsevier melibatkan bidang kejuruteraan, sains pertanian, sains bahan, sains perubatan, kimia, sains sosial dan ekologi," katanya pada sidang media selepas menyampaikan anugerah Malaysia's Research Star Award 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.
Pada majlis itu juga, 18 jurnal Malaysia turut dianugerahkan Pemberian Taraf CREAM 2017 kerana berjaya meningkatkan visibiliti dan penyebaran maklumat serta saintifik kepada masyarakat secara meluas.
Selain itu, enam penyelidik Highly Cited Researches 2016 ialah Prof Datuk Dr Wan Ramli Wan Daud, Prof Ir Dr Siti Kartom Kamarudin, Prof Dr Bassim H.Hameed, Prof Dr Abdul latif Ahmad, Prof Dr Abdul Karim Alias dan Prof Madya Dr Biswajeet.
Rahimah Abdullah
Thu Oct 05 2017

Sejumlah 25 penyelidik Malaysia diiktiraf di peringkat antarabangsa atas usaha menerbitkan artikel berimpak tinggi dalam pelbagai bidang dan paling banyak dijadikan rujukan penyelidik di seluruh dunia. -Astro AWANI/Rahimah Abdullah

Bangladesh larang penjawat awam buat perjalanan guna kemudahan kelas pertama
Sheikh Hasina pada Khamis menandatangani arahan melarang penjawat awam membuat perjalanan menggunakan kemudahan kelas pertama.

Guna laluan sah jika ingin ke Pasar Mundok - PGA
Orang ramai didapati menyeberang ke Pasar Mundok menggunakan bot penumpang yang berulang-alik melalui Sungai Golok.

Aplikasi COVID-19 Jerman kini dalam 'mod tidur'
Aplikasi Corona Warn tidak lagi dikemas kini atau dibangunkan sehingga notis selanjutnya selepas kontrak tamat pada 31 Mei.

Bali keluar panduan etika untuk pelancong
Pekeliling itu menyenaraikan 16 peraturan yang bertujuan untuk memelihara budaya, alam sekitar dan keselamatan Bali.

Paras risiko siber Malaysia bertambah baik ke 'sederhana' pada separuh kedua 2022
Nilesh Jain berkata peralihan positif itu berpunca daripada penambahbaikan dalam kesediaan siber.

Pelaksanaan Fasa 1 JENDELA berjaya, lepasi sasaran ditetapkan - MCMC
Fasa 1 JENDELA telah mencapai 7.74 juta premis sedia untuk disambungkan dengan Internet gentian, melebihi sasaran awal 7.5 juta premis.

NASA uji pendekatan baharu kesan tsunami
Ia menggunakan isyarat GPS bagi mengesan gelombang di Lingkaran Api Pasifik.

Satu maut, dua cedera ringan akibat dipanah petir ketika memikat burung
Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera ringan selepas dipanah petir ketika sedang memikat burung di kawasan tanah lapang di Kampung Padang Tanjung, Marang, hari ini.

Piala Remaja Asia: Malaysia tamatkan cabaran di kedudukan keempat
Skuad hoki remaja lelaki kebangsaan menamatkan cabaran di tangga keempat Piala Remaja Asia 2023 selepas tumpas 1-2 kepada Korea Selatan.

Negara dijangka tidak akan berhadapan krisis bekalan air seperti 1998 - SPAN
Malaysia dijangka tidak akan berhadapan dengan krisis bekalan air seperti yang pernah dialami pada 1998 walaupun negara diramal mengalami fenomena El-Nino pada Jun hingga September ini.

25 penyelidik Malaysia diiktiraf dunia
Mereka dianugerahkan Malaysia's Research Star Award 2017 yang disampaikan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.