250 setinggan di Kudat hangus

Astro Awani
Mei 23, 2016 04:32 MYT
Kebakaran mengakibatkan lebih 1,000 orang hilang tempat tinggal. - Gambar Astro AWANI
Sekurang-kurangnya, 250 buah rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Landung Ayang Laut, Kudat awal pagi Isnin.
Kebakaran mengakibatkan lebih 1,000 penduduk hilang tempat tinggal dalam bencana itu.
Di sebalik kemusnahan besar yang berlaku, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.
Kejadian jam 4.50 pagi itu dipercayai bermula dari salah sebuah rumah sebelum api mula merebak dengan cepat kerana keadaan berangin dan kedudukan rumah yang rapat serta diperbuat daripada papan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata sepasukan anggota bersama tiga jentera telah digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan tentang kejadian.
Sehingga kini, usaha memadamkan api masih dijalankan. Punca kebakaran masih disiasat.
#Kampung Landung Ayang Laut #kebakaran #Kudat #setinggan