MALAYSIA
25,000 pesakit dirawat di pusat rehabilitasi PERKESO sejak 2014, 70% kembali bekerja
Steven Sim berkata, jumlah peratusan pesakit yang menjalani rawatan di pusat rehabilitasi berjaya kembali bekerja sama ada dalam bidang kerja terdahulu atau pekerjaan baharu, sekali gus membuktikan mereka mampu dipulihkan. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sejak 2014, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah merawat hampir 25,000 pesakit di Pusat Rehabilitasi miliknya, dengan kadar keberkesanan tinggi apabila 70 peratus daripada mereka berjaya kembali bekerja.
Ringkasan AI
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, berkata kejayaan itu membuktikan keberkesanan program pemulihan PERKESO dalam membantu pesakit kembali berfungsi secara normal dalam kehidupan seharian, sama ada melalui pekerjaan asal atau kerjaya baharu.
“Sejak 2014, hampir 25,000 pesakit telah menerima rawatan di Pusat Rehabilitasi PERKESO. Daripada jumlah itu, 70 peratus berjaya kembali ke alam pekerjaan,” katanya.
Menurut beliau, baki 30 peratus terdiri daripada pesakit yang memilih untuk bersara atas faktor peribadi atau mengalami keadaan kesihatan yang serius sehingga tidak lagi mampu bekerja.
“Apa yang penting, kualiti hidup mereka tetap menunjukkan peningkatan selepas menjalani rawatan.
"Untuk kes-kes serius, PERKESO tidak berhenti setakat rawatan di pusat sahaja, malah meneruskan khidmat rehabilitasi di rumah bagi memastikan penjagaan berterusan,” jelasnya.
Steven turut menekankan kepentingan caruman PERKESO dalam menyediakan perlindungan menyeluruh kepada pekerja, termasuk melalui peluasan skim perlindungan 24 jam yang kini digerakkan dengan kerjasama semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti.
“Kita tidak tahu bila musibah akan berlaku. Namun, dengan adanya perlindungan ini, pekerja dan rakyat Malaysia akan mendapat manfaat sewajarnya jika tragedi menimpa,” katanya.
Ringkasan AI
- PERKESO telah merawat hampir 25,000 pesakit di Pusat Rehabilitasi sejak 2014, dengan 70 peratus daripadanya berjaya kembali bekerja, menunjukkan keberkesanan program pemulihan mereka.
- Baki 30 peratus pesakit memilih untuk bersara atau tidak mampu bekerja atas sebab kesihatan; namun, kualiti hidup mereka meningkat selepas rawatan.
- Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, menekankan pentingnya caruman PERKESO dalam menyediakan perlindungan menyeluruh, termasuk peluasan skim perlindungan 24 jam demi manfaat pekerja dan rakyat Malaysia jika berlaku tragedi.