26 maut dalam kebakaran di klinik pemulihan dadah di Iran

Bernama
November 3, 2023 15:01 MYT
Kebakaran itu berlaku di Langarud, sebuah bandar raya di utara Iran. - Gambar hiasan/Pixabay
TEHRAN: Sekurang-kurangnya 26 orang maut dan 18 lagi cedera dalam kebakaran di klinik pemulihan dadah di Iran pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman dpa memetik laporan media tempatan.
Kebakaran itu berlaku di Langarud, sebuah bandar raya di utara Iran.
Punca kebakaran belum dikenal pasti, lapor agensi berita ISNA, memetik pihak berkuasa tempatan.
Lima lagi dilaporkan hilang,
-- BERNAMA
#pusat pemulihan dadah #kebakaran #Iran #mangsa maut