awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan pengambilan 20,000 guru DG9 dibuka Mac - KPM
Wanita hilang ditemui maut, dipercayai dibunuh kekasih
KTMB sedia lapan ETS tambahan sempena Tahun Baharu Cina, Aidilfitri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

26 pelancong China nyaris maut bot laju meletup dekat Krabi

Bernama
Bernama
14/01/2018
15:50 MYT
26 pelancong China nyaris maut bot laju meletup dekat Krabi
Kira-kira 26 pelancong China dan lima krew nyaris maut apabila bot laju yang mereka naiki terbakar dan meletup di perairan Krabi pada 12.30 tengah hari tadi (waktu tempatan). --fotoBERNAMA
Dua puluh enam pelancong dari China nyaris maut apabila sebuah bot laju yang mereka naiki terbakar dan meletup di perairan Krabi, destinasi pelancongan yang terkemuka di selatan Thailand, menyebabkan beberapa penumpang cedera.
Ketua Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Krabi, Paisarn Khunsri berkata bot laju itu, "King Poseidon 959" sedang dalam pelayaran ke Pulau Phi-Phi apabila insiden itu berlaku pada 12.30 tengah hari (waktu tempatan).
"Laporan awal menyebut tiga daripada mangsa cedera parah, tiga cedera sederhana sementara beberapa orang yang tidak diketahui bilangan mereka cedera ringan," kata beliau.
Penumpang yang cedera dihantar ke beberapa hospital berdekatan termasuk Hospital Phi-Phi, Hospital Krabi dan Hospital Phuket untuk rawatan segera.
Menurut Paisarn, pihak berkuasa tempatan akan menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca insiden.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangkok
#bot
#cedera
#China
#Paisarn Khunsri
#pelancong
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan