awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

264,127 kes bankrap diteliti Jabatan Insolvensi untuk pelepasan, peluang kedua - Azalina

Faida Rahim
Faida Rahim
23/05/2023
10:46 MYT
264,127 kes bankrap diteliti Jabatan Insolvensi untuk pelepasan, peluang kedua - Azalina
Azalina berkata, rakyat yang diisytihar bankrap tidak dapat menyumbang sepenuhnya kepada pembangunan ekonomi negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 264,127 kes bankrap sedang diteliti Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) untuk tujuan pelepasan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman.
Katanya, tempoh bankrap berpanjangan bukan sahaja membebankan individu malah merugikan kerajaan.
Tambahnya, ini kerana rakyat yang diisytihar bankrap tidak dapat menyumbang sepenuhnya kepada pembangunan ekonomi negara.
"Oleh demikian kerajaan telah mengambil pendekatan dasar peluang kedua bagi membantu individu bankrap untuk keluar daripada kebankrapan.
"Selaras dengan itu, bermula 1 Mac 2023 kerajaan telah mengambil pendekatan untuk memberikan pelepasan melalui Sijil Ketua Pengarah Insolvensi kepada individu bankrap yang berhutang dalam skala kecil iaitu tidak melebihi RM50,000 dan memenuhi syarat ditetapkan," katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.
Dalam pada itu, katanya setakat April 2023, sebanyak 4,228 kes yang melibatkan individu bankrap yang berhutang dalam skala kecil telah dilepaskan.
Sementara itu, berdasarkan statistik MdI, seramai 19,913 individu bankrap berusia 70 tahun ke atas layak dipertimbangkan untuk pelepasan melalui Sijil Ketua Pengarah Insolvensi sekiranya memenuhi syarat.
Terdahulu, kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Insolvensi 1967 (Akta 360) dengan membuat penambahbaikan kepada peruntukan pelepasan secara automatik agar kes bankrap boleh dilepaskan daripada kebankrapan dalam tempoh yang singkat.
Topic Berkaitan
#Azalina Othman Said
#bankrap
#Jabatan insolvensi Malaysia
#syarat pelepasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan