awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
Masalah kesuburan lelaki punca hanpir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
Kadar pemilikan rumah, akses kemudahan asas meningkat - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

267 infrastruktur komunikasi terjejas banjir di Johor pulih

Bernama
Bernama
21/03/2023
09:49 MYT
267 infrastruktur komunikasi terjejas banjir di Johor pulih
Teo berkata, 38 PPS menerima pemasangan WiFi percuma oleh pemberi perkhidmatan bagi memastikan mangsa banjir mendapat kemudahan komunikasi. - Gambar/ Bernama
PUTRAJAYA: Kesemua 267 infrastruktur komunikasi di Johor yang terjejas akibat banjir kembali beroperasi hari ini termasuk sebuah Pusat Ekonomi Digital (PEDi), kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching.
"Terima kasih saya ucapkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Johor, syarikat telekomunikasi dan agensi terlibat dalam memastikan infrastruktur komunikasi yang terjejas kembali beroperasi," katanya dalam catatan di media sosial beliau.
Teo berkata beliau juga dimaklumkan 38 pusat pemindahan sementara (PPS) menerima pemasangan WiFi percuma oleh pemberi perkhidmatan bagi memastikan mangsa banjir mendapat kemudahan komunikasi.
Menurutnya terdapat 46 PPS di Johor yang masih dibuka daripada 284 sebelum ini.
"Hingga sekarang tiada aduan liputan mudah alih diterima di PPS yang beroperasi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Johor
#infrastruktur komunikasi
#Teo Nie Ching
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan