269 individu ingkar SOP ditahan dalam tempoh 24 jam - Ismail Sabri

Umavathi Ramayah
April 24, 2021 12:50 MYT
Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 76 PATI ditahan menerusi Ops Benteng dalam tempoh 24 jam. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Seramai 269 individu ditahan atas kesalahan pelbagai kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP), kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut beliau, daripada jumlah itu 250 individu dikompaun sementara 16 lagi direman, manakala selebihnya dibenarkan diikat jamin.
"Antara kesalahan yang direkodkan kata beliau adalah melibatkan 74 pengunjung pusat hiburan (74), gagal mendaftar masuk premis (84 individu), tidak memakai pelitup muka (45 individu) dan lain-lain (66 individu)," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan sebanyak 76 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menerusi Ops Benteng dalam tempoh 24 jam.
Beliau memberitahu, turut dirampas ialah dua buah kenderaan darat.
"Dalam operasi itu juga, pihak berkuasa juga mengesan 157 buah bot atau kapal di perairan negara melalui enam aktiviti penglihatan," jelasnya.
#ingkar SOP #pati #Ops Benteng #Kementerian Kesihatan #Kementerian Pertahanan #ismail sabri yaakob