awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

27,059 pelancong kunjungi 14 lokasi di P.Pinang dalam tempoh sembilan hari

Bernama
Bernama
21/10/2021
09:36 MYT
27,059 pelancong kunjungi 14 lokasi di P.Pinang dalam tempoh sembilan hari
GAMBAR FAIL: Orang ramai mengisi masa lapang mengunjungi puncak Bukit Bendera ketika tinjauan sempena cuti umum 19 Okt lalu. - BERNAMA
GEORGE TOWN: Seramai 27,059 pelancong melawat Pulau Pinang dalam tempoh 11 hingga 19 Okt susulan kebenaran rentas negeri bermula pada 11 Okt lepas dengan 14 destinasi pelancongan negeri dikenal pasti menjadi tumpuan ramai.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri Yeoh Soon Hin berkata 14 lokasi yang disenaraikan oleh Persatuan Tarikan Pelancongan Pulau Pinang (ATAP) itu terdiri daripada Bukit Bendera, Taman Burung Pulau Pinang, The Habitat, Audi Dream Farm, Tropical Spice Garden, Pinang Peranakan Mansion, The Top, Tropical Fruit Farm, Cheah Kongsi, Wonderfood Museum, Penang 3D Trick Art, Tech Dome, Monkeycup Garden dan Dark Mansion.
Beliau berkata jumlah pengunjung yang melawat Pulau Pinang dalam tempoh itu telah memberikan sinar harapan positif, bahawa sektor pelancongan negeri yang kini dalam landasan untuk pulih dan ia bakal menjana pendapatan lebih kepada penduduk setempat.
"Menurut maklumat dari Persatuan Hotel Malaysia (MAH), kadar penginapan hotel di daerah Seberang Perai meningkat sebanyak 65 peratus, hotel di pinggir pantai (75 peratus), hotel dalam bandaraya George Town (45 peratus), hotel di sekitar Tapak Warisan Dunia UNESCO (70 peratus) dan hotel di sekitar Bayan Lepas (50 peratus)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran Kempen Panduan Pelancongan Bertanggungjawab di sini hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pulau pinang
#pelancong
#rentas negeri
#atap
#Bukit Bendera
#Yeoh Soon Hin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan