awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Mangsa ragut warga emas cedera selepas diseret 10 meter di Ketereh
Bekas Ketua Perisikan, pegawai kanan ATM antara didakwa kes rasuah esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

27 peniaga bazar Ramadan di Pahang diberikan notis perintah mahkamah

Azee Shafy
Azee Shafy
15/04/2022
06:54 MYT
27 peniaga bazar Ramadan di Pahang diberikan notis perintah mahkamah
Norolazali berkata, kesemua notis yang dikeluarkan berjumlah RM4,200 itu sebagai amaran serta peringatan kepada peniaga terbabit supaya mematuhi peraturan ditetapkan. - Foto Astro AWANI
BERA: Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) mengeluarkan notis memerintah kehadiran ke mahkamah kepada 27 peniaga bazar Ramadan di negeri ini yang didapati tidak memenuhi pelbagai kriteria dari segi kebersihan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Seri Norolazali Sulaiman berkata, kesemua notis yang dikeluarkan berjumlah RM4,200 itu sebagai amaran serta peringatan kepada peniaga terbabit supaya mematuhi peraturan ditetapkan.
"Hasil pemeriksaan premis makanan di bazar Ramadan yang dijalankan sejak hari pertama bazar berlangsung, JKNP telah memeriksa sebanyak 824 gerai, dan 27 daripada mereka telah melakukan kesalahan dan diberikan notis.
"Antara kesalahan yang dilakukan pengendali makanan seperti tidak memakai topi, apron atau kasut, berkuku panjang dan memakai perhiasan diri serta berkeadaan tidak bersih semasa mengendalikan makanan," katanya selepas melakukan Walkabout di Bazar Ramadan Kerayong, di sini, semalam.
Norolazali berkata, notis itu dikeluarkan mengikut Seksyen 32B Akta Makanan 1983 dan mereka yang diberi notis dipanggil ke mahkamah untuk menjelaskan sebab kegagalan mereka untuk mematuhi aspek kebersihan makanan.
Sekiranya didapati bersalah, mereka boleh dipenjara dua tahun dan denda tidak melebihi RM10,000.
"Saya harap, para peniaga dapat menjaga kebersihan diri dan makanan yang hendak dijual selain memastikan tempat penjualan bebas dari sebarang pencemaran dengan memastikan makanan ditutup.
"Pengguna atau pembeli juga dinasihatkan untuk peka dan mengambil berat dalam hal pemilihan makanan dengan menganalkan konsep Lihat, Hidup dan Rasa," ujarnya.
Bagaimanapun, tiada kes keracunan makanan diterima akibat makanan yang dibeli daripada bazar sepanjang Ramadan ini.
Topic Berkaitan
#Bazar Ramadan
#notis mahkamah
#Pahang
#peniaga bazar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan