KUALA LUMPUR: Polis menahan 28 individu selepas disyaki terbabit dalam aktiviti parti liar di sebuah kondominium mewah di ibu negara, awal pagi tadi.

Kesemua mereka ditahan dalam Operasi Khas Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, yang dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) IPK Kuala Lumpur.

Dalam serbuan jam 1 pagi itu, polis menahan 16 lelaki dan 12 wanita berusia antara 21 hingga 63 tahun termasuk dua wanita warga asing.

Hasil siasatan mendapati mereka sedang meraikan hari jadi salah seorang rakan dan polis turut temui dadah jenis Ketamin.

Kesemua suspek dijemput melalui aplikasi WhatsApp dan bilik berkenaan disewa sekitar RM300 semalam.


 Polis menahan 16 lelaki dan 12 wanita berusia antara 21 hingga 63 tahun termasuk dua wanita warga asing. - Astro AWANI

Pemilik dan agen rumah turut dikenakan tindakan kompaun.

Selain, Seksyen 22(b) Akta 342 dan Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit, Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 juga dikenakan.

Manakala dua wanita warga Indonesia disiasat mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen.