MALAYSIA
2.8 juta rakyat Malaysia daftar MyDigital ID pada suku kedua 2025 - Dr Zaliha
2.8 juta orang rakyat Malaysia telah mendaftar MyDigital ID pada suku kedua 2025, meningkat daripada jumlah 1.8 juta pendaftaran pada suku sebelumnya. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 2.8 juta orang rakyat Malaysia telah mendaftar dengan MyDigital ID pada suku kedua tahun ini 2025, meningkat daripada jumlah 1.8 juta pendaftaran yang dicatatkan pada suku pertama yang lepas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, jumlah tersebut dijangka terus meningkat dengan pengembangan “kes penggunaan” atau “use-case”.
Dalam konteks MyDigital ID, Ahli Parlimen Sekijang itu berkata, "kes penggunaan" bermaksud aplikasi atau perkhidmatan tertentu di mana MyDigital ID digunakan sebagai kaedah pengesahan identiti.
“Semakin banyak “kes penggunaan” MyDigital ID diperkenalkan dalam sistem dan perkhidmatan Kerajaan atau swasta, semakin tinggi keperluan pengguna untuk mendaftar MyDigital ID.
“Ini kerana setiap kes penggunaan baharu mewujudkan keperluan pengesahan identiti digital, sekaligus mendorong peningkatan pendaftaran dalam kalangan rakyat,” katanya lagi.
Zaliha berkata demikian sewaktu menjawab soalan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee, yang ingin mengetahui perkembangan perlaksanaan inisiatif MYDigital, khususnya berkaitan pendaftaran MyDigital ID, integrasi sistem Kerajaan dengan platform digital dan impaknya kepada penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat
Dalam pada itu beliau berkata, jumlah integrasi MyDigital ID telah meningkat secara signifikan kepada 35 sistem aplikasi Kerajaan, 17 lagi sedang dalam pelaksanaan, manakala 21 dalam perbincangan awal.
“Di samping itu, tujuh sistem aplikasi bukan Kerajaan telah berjaya diintegrasi dan dua lagi sedang dilaksanakan, menjadikan jumlah keseluruhan integrasi adalah sebanyak 82 sistem — ini peningkatan hampir dua kali ganda berbanding Mac lalu,” katanya lagi.
Zaliha berkata, keterangkuman MyDigital ID akan turut melibatkan aplikasi digital daripada sektor kewangan dan perbankan, dengan enam buah bank telah selesai menjalani fasa pengujian sandbox di bawah pemantauan Bank Negara Malaysia (BNM).
“Hal ini membuktikan usaha dan keyakinan institusi kewangan dan perbankan dalam mempertingkat kemajuan bidang teknologi kewangan (fintech) menerusi penggunaan identiti digital yang sahih dan selamat,” katanya lagi.
Dari segi keselamatan, beliau berkata, MyDigital ID menggunakan teknologi biometrik, e-KYC dan kriptografi, serta tidak menyimpan data peribadi pengguna bagi mengurangkan risiko kebocoran.
Selain itu, jelasnya lagi, MyDigital ID turut mengambil langkah proaktif menerusi jalinan kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membendung jenayah siber.
“Antara usaha yang bakal dilaksanakan ialah melalui pelaksanaan verifikasi identiti pemilik kad SIM prabayar menggunakan MyDigital ID yang dijangka akan mula berkuat kuasa pada akhir suku ketiga tahun 2025 dengan kerjasama SKMM dan syarikat pengendali telekomunikasi,” katanya lagi.