28 kluster baharu dikesan, 17 daripadanya kluster tempat kerja - KP Kesihatan

Fareez Azman
September 11, 2021 12:58 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 28 kluster baharu COVID-19 di negara ini pada Sabtu. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 28 kluster baharu COVID-19 di negara ini pada Sabtu.
Ia menjadikan jumlah kluster aktif meningkat kepada 1,446 kluster ketika ini.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah kluster baharu itu sebanyak 17 kluster melibatkan tempat kerja.
Manakala enam merupakan kluster komuniti, tiga kluster kumpulan berisiko dan dua kluster pendidikan.
BACA: COVID-19: 19,550 kes baharu hari ini, Sarawak terus sumbang angka tertinggi
Berikut perincian mengenai kluster-kluster baharu COVID-19 pada 11 September 2021:
#Dr Noor Hisham Abdullah #Kementerian Kesihatan #KKM #Noor Hisham Abdullah #pendidikan #Kluster baharu #tempat kerja #kumpulan berisiko