28 penduduk dipindahkan susulan tanah runtuh di Taman Chenderong Jaya

Bernama
Februari 10, 2023 01:15 MYT
PPS itu dibuka di Dewan Serbaguna Tanjung Tualang pada 10.40 malam tadi selepas menerima aduan daripada penduduk. -Official Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
IPOH: Seramai 28 penduduk daripada enam keluarga terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berikutan risiko bencana tanah runtuh di Taman Chenderong Jaya, Batu Gajah tengah malam tadi.
Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah berkata PPS itu dibuka di Dewan Serbaguna Tanjung Tualang pada 10.40 malam tadi selepas menerima aduan daripada penduduk.
"Penduduk memaklumkan terdengar bunyi seperti pergerakan tanah dan pelbagai agensi keselamatan telah ke lokasi bagi pemantauan.
"Kejadian berlaku selepas hujan lebat dan tindakan susulan sedang dilaksanakan pihak berwajib," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Katanya pelbagai agensi keselamatan sedang melakukan pemantauan di lokasi kejadian dan tiada mangsa cedera mahupun kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
-- BERNAMA
#pusat pemindahan #28 penduduk dipindahkan #tanah runtuh Taman Chenderong Jaya #Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Batu Gajah