MALAYSIA
28 undang-undang perburuhan bawah KESUMA disemak
Sim (tiga, kiri) hadir pada Perhimpunan Sempena Hari Kesatuan Sekerja Peringkat Negeri Sabah yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di sini hari ini. - Foto FB KESUMA
KOTA KINABALU: Kementerian Sumber Manusia telah memulakan inisiatif menyemak semula 28 undang-undang perburuhan di bawah kementerian itu bagi memastikan peruntukan yang sudah lapuk dapat dimurnikan dan diselaras dengan amalan terbaik semasa.
Ringkasan AI
Menteri berkenaan Steven Sim berkata proses semakan meliputi beberapa undang-undang utama termasuk Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh Sabah dan Ordinan Buruh Sarawak yang sebahagiannya sudah lama wujud iaitu sebelum merdeka.
"Kita kena faham bahawa sumber manusia ini antara kebidangan paling lama, paling bersejarah dan paling tua... undang-undang perburuhan kita pun adalah undang-undang yang lama.
"Ada yang sebelum merdeka... jadi, semua ini perlu dilihat dan disemak semula," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Sempena Hari Kesatuan Sekerja Peringkat Negeri Sabah yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di sini hari ini.
Turut hadir Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Dr Adnan Mat dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Mohd Asri Abdul Wahab.
Sim berkata antara contoh pindaan ialah peruntukan lapuk di bawah Ordinan Buruh Sabah yang tidak membenarkan wanita bekerja selepas waktu malam dan ia telah dimansuhkan pada tahun lepas.
"Mungkin kita tidak dapat selesaikan semakan ini pada tahun ini tetapi kita cuba sebanyak yang boleh, kita nak lihat supaya undang-undang perburuhan negara kita adalah terkini dan selaras dengan amalan terbaik masa kini," katanya.
Ditanya sama ada kerajaan merancang untuk menghapuskan Ordinan Buruh Sabah dan Sarawak serta menyeragamkannya di bawah Akta Kerja, beliau berkata tiada perancangan sedemikian buat masa ini memandangkan wujudnya beberapa peruntukan khusus untuk kedua-dua negeri dalam ordinan terbabit.
"Kita hanya sekadar memurnikan iaitu menyelaraskan ia supaya semua hak pekerja adalah sama. Dalam Ordinan Buruh Sabah dan Sarawak ada peruntukan serta proses rundingan dengan kerajaan negeri yang tidak ada di dalam Akta Kerja," katanya.
Sim berkata selain semakan semula undang-undang perburuhan, kementerian itu dijadual membentangkan Rang Undang-Undang Pekerja Gig dalam sidang Parlimen bulan ini untuk memberi perlindungan kepada pekerja terbabit.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Semakan 28 Undang-Undang Perburuhan Lama: Kementerian Sumber Manusia sedang menyemak semula undang-undang perburuhan termasuk Akta Kerja 1955 serta Ordinan Buruh Sabah dan Sarawak yang wujud sebelum merdeka.
- Tujuan: Pemurnian & Penyeragaman Hak Pekerja: Semakan bertujuan menghapuskan peruntukan lapuk dan selaras hak pekerja di seluruh negara tanpa menjejaskan peruntukan khas negeri.
- Perlindungan Pekerja Gig Dilaksanakan: Rang Undang-Undang Pekerja Gig dijadual dibentangkan di Parlimen bulan ini untuk memperkukuh perlindungan tenaga kerja moden.