NATIONAL
284 jemaah Malaysia pertama tiba di Madinah pada 29 April

Naib Konsul Haji Malaysia, Affandi Abdullah, bercakap kepada media ketika ditemui di sini hari ini. - Foto Astro AWANI
MADINAH: Seramai 284 orang ‘Dhuyufurr Rahman’ atau bakal haji pertama dijangka tiba di Madinah menerusi penerbangan KT-1 pada 29 April ini.
Ringkasan AI
- Seramai 284 bakal haji Malaysia dijangka tiba di Madinah pada 29 April menerusi penerbangan KT-1.
- Tabung Haji (TH) telah menerima 70 petugas baharu bagi menguruskan jemaah, yang akan ditempatkan di tiga lokasi penginapan dalam dua zon utama.
- Jemaah diingatkan untuk menjaga kesihatan ekoran cuaca panas di Madinah, yang mencecah 38 hingga 40 darjah Celsius.
“Dari segi persiapan akhir, TH menerima petugas dari tanah air dua hari lepas berjumlah lebih kurang 70 orang,” katanya.
Beliau yang juga merangkap Pengarah Operasi Madinah berkata, jemaah Malaysia di Madinah akan ditempatkan di tiga lokasi penginapan.
“Jemaah haji berada di Madinah selama enam hari lima malam sepanjang berada di Madinah dan mereka juga diberi ulangkaji ibadat haji sebelum memasuki Mekah,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Beliau turut memaklumkan bahawa Jemaah haji bakal ditempatkan di dua zon iaitu di zon satu di Hotel Anwar Al Madinah Movenpick dan Saja Al Madinah, manakala bagi zon dua adalah Hotel Emar Royal.
Seramai 122 petugas TH berada di Madinah bagi menguruskan semua jemaah Haji Malaysia.
TH sekali lagi mengingatkan jemaah untuk menjaga kesihatan berikutan cuaca panas di tanah suci.
Ketika ini cuaca di Madinah boleh mencecah 38 hingga 40 darjah Celcius.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami