MALAYSIA
29 April keputusan permohonan wakil rakyat cabar penggantungan Parlimen era COVID-19
Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan yang mewakili perdana menteri dan kerajaan hari ini, berhujah bahawa semakan kehakiman itu bersifat akademik memandangkan Ordinan Darurat tersebut telah tamat pada Ogos 2021. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 29 April ini bagi keputusan berhubung permohonan semakan kehakiman oleh dua wakil rakyat untuk mencabar nasihat bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menggantung Parlimen ketika tempoh darurat COVID-19 pada 2021.
Ringkasan AI
Hakim Datuk Aliza Sulaiman turut menetapkan tarikh yang sama untuk memutuskan dua saman pemula difailkan oleh Malaysian Bar dan Bersih 2.0 bersama tujuh pihak lain, yang turut mencabar pengisytiharan darurat itu.
Pada 24 Julai 2024, Mahkamah Persekutuan membenarkan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim dan Ahli Dewan Undangan Negeri Perak Abdul Aziz Bari untuk memulakan permohonan semakan kehakiman dan membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi bagi perbicaraan mengenai merit semakan itu.
Terdahulu, peguam Datuk Gurdial Singh Nijar, yang mewakili kedua-dua wakil rakyat berkenaan berhujah isu yang dibangkitkan oleh anak guamnya merupakan kepentingan awam dan mahkamah mempunyai kuasa untuk memutuskan perkara itu.
Gurdial berhujah Seksyen 11, 14 dan 15 Ordinan Darurat berkenaan tidak diperlukan, tidak wajar, tidak munasabah dan tidak adil.
Peguam itu berkata ketidakupayaan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri oleh Seksyen 14 dan 15 adalah tidak wajar atas sebab memerangi situasi atau pandemik COVID-19.
"Tiada sebarang asas untuk Parlimen dan Dewan Undangan Negeri digantung, memandangkan sektor ekonomi lain, termasuk pasar malam, dibenarkan untuk beroperasi," katanya.
Gurdial turut berhujah bahawa kerajaan telah melanggar peruntukan mandatori di bawah Perkara 150(3) dan Perkara 150(5) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa ordinan darurat perlu dibahaskan di Parlimen.
"Keperluan ini adalah mandatori bahawa ia perlu dibentangkan di Parlimen dan diputuskan oleh Parlimen," katanya.
Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan yang mewakili perdana menteri dan kerajaan hari ini, berhujah bahawa semakan kehakiman itu bersifat akademik memandangkan Ordinan Darurat tersebut telah tamat pada Ogos 2021.
"Parlimen telah membahaskan dan membatalkan Ordinan Darurat itu pada 25 Okt, 2021 justeru tiada keperluan permohonan tersebut kepada mahkamah ini," katanya.
Shamsul turut berhujah bahawa perintah mahkamah mandatori yang dituntut terhadap perdana menteri ketika itu juga tidak lagi boleh dilakukan, memandangkan beliau telah meletakkan jawatan pada 16 Ogos, 2021.
"Ringkasnya, dikemukakan bahawa remedi dan penyelesaian yang diminta pemohon tidak lagi relevan susulan situasi yang berlaku," katanya.
Hassan, Abdul Aziz, Malaysian Bar dan pihak lain yang berkenaan, menuntut pengisytiharan mahkamah bahawa keputusan Kabinet diketuai Muhyiddin menasihati Yang di-Pertuan Agong ke-16 untuk mengisytiharkan Seksyen 14 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, yang telah mengakibatkan penggantungan Parlimen adalah melanggar Perlembagaan, tidak mengikut undang-undang, tidak berkesan dan ultra vires (di luar kuasa).
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Mahkamah Tinggi menetapkan 29 April untuk keputusan berkaitan permohonan semakan kehakiman oleh dua wakil rakyat berhubung nasihat bekas PM Muhyiddin Yassin kepada Yang di-Pertuan Agong ketika darurat COVID-19 2021.
- Hakim Datuk Aliza Sulaiman juga tetapkan tarikh sama untuk memutuskan saman pemula oleh Malaysian Bar dan Bersih 2.0 serta tujuh pihak lain berkenaan isu pengisytiharan darurat itu.
- Peguam wakili wakil rakyat menyifatkan penggantungan Parlimen tidak wajar dan kerajaan melanggar peruntukan Perlembagaan dengan tidak membentangkan ordinan darurat di Parlimen.