[TERKINI] Nahas Gerik: Bas Bawa Penuntut UPSI Dipandu Melebihi Had Laju Dua Kali Ganda – Semak Perincian MOT Di Sini
MALAYSIA

29 penumpang terselamat, bas ekspres musnah terbakar di Lebuhraya PLUS

Aida Aziz 29/05/2025 | 23:10 MYT
Beginilah keadaan bas ekspres yang musnah terbakar dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di kilometer (km) 406 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di Kamunting, pada Khamis malam. - Gambar JBPM Perak
KAMUNTING: Seramai 29 orang penumpang termasuk pemandu bas ekspres terselamat setelah kenderaan yang mereka naiki musnah terbakar dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di kilometer (km) 406 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di sini, pada Khamis malam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.16 malam.

Difahamkan bas tersebut dalam perjalanan dari Johor ke Pulau Pinang.

"Kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres telah menyeret sebuah motosikal yang terbabas pada ketika itu dan menyebabkan kebakaran bas berkenaan, anggaran kemusnahan terbakar 90 peratus.

"Seramai 29 orang penumpang dan juga pemandu di dalam bas telah berjaya dikeluarkan dengan selamat sebelum ketibaan bomba.

"Seorang mangsa iaitu penunggang motosikal mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke hospital menaiki jentera EMRS," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi.




Katanya, seramai 19 orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting dan Taiping mengawal kebakaran sehingga ia berjaya dipadam sepenuhnya.

Operasi tamat jam 10.33 malam.




#kemalangan #bas ekspres terbakar #Lebuhraya Utara Selatan #29 penumpang selamat