awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

29 terlibat sindiket penipuan bidaan dalam talian ditahan polis

Bernama
Bernama
09/05/2021
01:26 MYT
29 terlibat sindiket penipuan bidaan dalam talian ditahan polis
Sindiket dipercayai mengaut sehingga RM200,000 sehari dan dianggarkan memperoleh hampir RM6 juta setiap bulan. -Bernama
KUALA LUMPUR: Seramai 29 individu termasuk seorang warga China disyaki terlibat dalam sindiket penipuan membida barangan mewah yang tidak wujud secara dalam talian ditahan dalam serbuan di sebuah rumah teres di Suria Villa, Cheras di sini, hari ini.
Kesemua mereka terdiri daripada 24 lelaki dan lima wanita yang berusia lingkungan 20-an dan 40-an.
Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata dalam serbuan pada 5 petang itu, sindiket berkenaan telah beroperasi di premis itu sejak empat bulan lepas dan mengaut keuntungan mencecah jutaan ringgit.
"Sindiket dipercayai mengaut sehingga RM200,000 sehari dan dianggarkan memperoleh hampir RM6 juta setiap bulan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, malam ini.
Beliau berkata bertindak atas maklumat, polis telah membuat risikan selama sebulan dan mengesan kegiatan mencurigakan di dua alamat berbeza di kawasan taman yang sama.
"Modus operandi sindiket ini menggunakan kaedah membida secara dalam talian barangan berharga yang tidak wujud di laman sesawang seperti rumah, kereta dan barang kemas.
"Sindiket kemudian mengarahkan pembida untuk membayar barangan yang dibida dengan separuh harga sebelum meminta untuk melunaskan bayaran penuh bidaan," katanya menambah sindiket itu menyasarkan warganegara China di Negara Tembok Besar itu.
Arjunaidi berkata hasil siasatan mendapati kesemua mangsa tertarik dengan taktik sindiket yang memaparkan keuntungan hasil penglibatan dalam aktiviti bidaan terbabit.
Polis turut merampas 116 telefon bimbit, 14 komputer riba dan 13 komputer meja dalam operasi itu.
Beliau berkata Polis Diraja Malaysia akan bekerjasama dengan kerajaan China untuk menjalankan siasatan lanjut untuk mengelakkan penipuan sindiket itu daripada berleluasa.
"Kes disiasat di bawah Akta 120 (a) Kanun Keseksaan dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket
#bida barangan mewah
#dalam talian
#Suria Villa
#arjunaidi mohamed
#China
#Polis Diraja Malaysia
#bidaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan