KUALA LUMPUR:Seramai 290 individu yang memberi kerjasama menyalurkan maklumat berkaitan rasuah dan salah guna kuasa sejak tahun 2016 diberi perlindungan dibawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.
Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki, kesemua individu itu diberi jaminan keselamatan.
“Pada saya ia merupakan jumlah yang banyak dan mereka ini adalah mereka yang sanggup bekerjasama dengan SPRM.
"SPRM memerlukan lebih banyak maklumat daripada orang ramai seperti ini supaya kami dapat mengumpul maklumat dengan lebih banyak dan bergerak lebih berkesan lagi,” katanya dalam temu bual bersama Bernama.
Dalam pada itu, Azam turut mengakui SPRM tidak terlepas berdepan kesukaran untuk mendapatkan maklumat kerana masih ramai yang takut untuk melaporkan kegiatan rasuah yang berlaku di sekeliling mereka.
“Antara faktor yang menyukarkan sesetengah individu berkongsi maklumat dengan agensinya berkemungkinan disebabkan takut dibuang kerja atau akan menjejaskan perniagaan mereka.
“Kami sedar bahawa untuk mendapatkan pengadu untuk datang kepada kami untuk membuat aduan itu amat susah dan peratusannya terlalu kecil,” katanya.
Beliau berkata SPRM merupakan agensi yang menggunakan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 untuk memberikan perlindungan kepada pemberi maklumat agar mereka dilindungi daripada segala ancaman termasuk risiko dibuang kerja.
“Banyak kes yang dikendalikan ketika ini berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pemberi maklumat dan mereka ini dilindungi oleh undang-undang termasuk daripada sebarang tindakan undang-undang oleh majikan mereka,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Azam berkata sasaran SPRM adalah untuk menjadikan masyarakat di negara ini bebas rasuah dan menjadi agensi penguat kuasa rasuah terunggul di dunia, dan untuk merealisasikan impian itu, pelbagai strategi perlu dirangka yang turut melibatkan semua pihak termasuk pelbagai jabatan dan agensi lain.
Bernama
Sun Oct 04 2020

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki menjelaskan 290 individu diberi jaminan keselamatan. Gambar: Fail

Maszlee lancar kempen #SimpangMembaca
Sejumlah 3,000 beg dan bahan-bahan seperti buku cerita, buku mewarna dan pensel warna telah siap disusun dan sedia untuk diedarkan ke seluruh Simpang Renggam.

Muhammad Ehsan yang lemas di New Zealand selamat dikebumikan
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada ahli keluarga Allahyarham yang berada di Malaysia.

Timbalan KM Sarawak mahu tembok, pagar dibina di sempadan Malaysia-Indonesia
Dr James Jemut mahu tembok dibina di kawasan strategik sepanjang sempadan Malaysia-Indonesia untuk mengekang kemasukan pendatang asing.

Cadangan guna keputusan percubaan SPM kurang sesuai - NUTP
Saranan menggunakan keputusan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi menggantikan peperiksaan sebenar dilihat kurang sesuai.

COVID-19: Pelajar wanita dari Malaysia antara kes bergejala import di Singapura
Dilabel sebagai kes 59422, pemegang pas pelajar itu tiba di Singapura dari negara asalnya, menurut kementerian berkenaan dalam data penuh yang dikeluarkan di sini.

FAM akan segerakan gerak kerja untuk skuad kebangsaan jalani latihan pusat
FAM menyambut baik keputusan KBS membenarkan pasukan negara menjalani kem latihan pusat.

KPDNHEP akan kaji kenaikan harga minyak masak botol
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melihat kepada kenaikan harga minyak masak botol 5 kilogram (kg) sebelum mengkaji kesesuaiannya.

Kerugian akibat PKP 2.0 lebih rendah berbanding sebelum ini - Tengku Zafrul
Kerajaan menjangkakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua menyebabkan negara kerugian RM600 juta sehari berbanding RM2.4 bilion sehari pada Mac hingga Mei, tahun lepas, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Hina monarki Thailand, bekas penjawat awam dipenjara 43 tahun 6 bulan
Mahkamah Jenayah Bangkok Thailand menjatuhkan hukuman penjara 43 tahun 6 bulan ke atas seorang bekas penjawat awam kerana menghina atau memfitnah pemerintahan beraja atau monarki Thailand.

Remaja lemas selepas selamatkan tiga kanak-kanak di Kota Bharu
Seorang remaja berusia 16 tahun lemas semasa menyelamatkan tiga kanak-kanak di dalam anak sungai di hadapan rumahnya di Kampung Perupok Tikat.

Tumpu penguatkuasaan, pencegahan tangani rasuah pasca pemulihan COVID-19 - SPRM
Mesyuarat Anti-Corruption and Transparency Experts Working Group (ACTWG) Friends of The Chair (FoTC) telah mencadangkan agar penguatkuasaan serta aspek pencegahan efektif perlu dilaksanakan bagi menan

MyCC dapat bantuan SPRM siasat 600 syarikat terbabit penipuan bida tender RM6 bilion
MyCC juga akan bekerjasama dengan SPRM dalam siasatan kes lain dalam usaha menangani isu ketirisan dalam perolehan khususnya melibatkan agensi kerajaan.

Jenayah berteknologi tinggi cabaran dalam usaha perangi rasuah
Kerajaan dan pihak berkuasa perlu memikirkan untuk membangunkan teknologi yang mampu menyaingi kelicikan pihak tidak bertanggungjawab.

Semua ekonomi digesa sedia peruntukan anti rasuah - SPRM
SPRM hari ini menggesa semua ekonomi agar menyediakan peruntukan daripada belanjawan tahunan untuk menampung usaha-usaha antirasuah.

SPRM anjur mesyuarat ACTWG APEC secara maya
Mesyuarat itu bermula pada 19 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober nanti.

Macau Scam: Jadi pemilik saham syarikat antara modus operandi sindiket - Azam
Azam berkata, keuntungan hasil pelaburan di syarikat tersebut akan diterima semula sindiket berkenaan.

Peringatan buat selebriti dan ahli perniagaan, jangan sampai SPRM 'jemput' - Azam
Azam berkata, perkara itu bagi mengelakkan SPRM bertindak menahan mereka berkenaan dalam masa terdekat.

290 individu pemberi maklumat dilindungi SPRM - Azam Baki
SPRM memerlukan lebih banyak maklumat daripada orang ramai supaya dapat mengumpul maklumat dengan lebih banyak dan bergerak lebih berkesan.

SPRM dipantau lima panel bebas, telus tanpa campur tangan mana-mana pihak
Azam berkata dengan wujudnya panel bebas yang bukan daripada pegawai kerajaan itu juga, boleh dikategorikan sebagai wakil kepada rakyat bagi memantau SPRM dari semasa ke semasa.

Perolehan fokus utama SPRM ketika ini - Azam Baki
Penulisan berita itu mungkin tersalah tafsir kenyataannya berhubung fokus kes SPRM ke arah mengurangkan ketirisan perolehan.