MALAYSIA

297 individu ditahan ingkar PKP, ini 5 tumpuan kenyataan Menteri Kanan Pertahanan

Astro Awani 28/12/2020 | 10:38 MYT
Menurut Ismail Sabri, KKM boleh mengenakan kompaun RM1,000 atau membawa ke mahkamah majikan yang degil memastikan pekerja lakukan saringan COVID-19. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Seramai 297 individu yang ingkar arahan PKP ditahan semalam.

Berikut lima tumpuan sidang media oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini:

1. 297 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

2. Operasi Benteng berjaya menahan 22 PATI, 4 tekong serta merampas 4 kenderaan darat

3. KKM boleh mengenakan kompaun RM1,000 atau membawa ke mahkamah majikan yang degil memastikan pekerja lakukan saringan COVID-19

4. PKPB di Kuala Lumpur dan Selangor dilanjutkan bermula 1 Januari sehingga 14 Januari 2021

5. PKPB di Kawasan Ipoh dan Chemor di Mukim Hulu Kinta, Perak ditamatkan

COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)

#ismail sabri yaakob #COVID-19 #PKP #PKPB