KUALA NERUS: Sebanyak 3,176 pelajar kolej tingkatan enam dan kolej vokasional telah menerima bantuan menerusi Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai setakat ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, menerusi program itu setiap pelajar terpilih menerima bantuan dalam bentuk e-dompet bernilai RM50 sebulan bagi tempoh tiga bulan berturut-turut.
"Kementerian (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) telah melaksanakan Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai kepada golongan isi rumah B40 terutama mereka yang mendiami Program Perumahan Rakyat dan Perumahan Awam di sekitar Lembah Klang.
"Pada penghujung 2022, kementerian telah memulakan inisiatif ini kepada pelajar kolej tingkatan enam dan kolej vokasional," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas Program Outreach Sara Hidup dan Advokasi Kepenggunaan Peringkat Negeri Terengganu, di sini, pada Selasa.
Salahuddin berkata, data menunjukkan lebih 80 peratus pelajar berkenaan terdiri daripada keluarga B40.
Beliau berkata, pelajar itu juga didapati menggunakan peruntukan yang besar bagi dua perbelanjaan utama iaitu pembelian data Internet dan pengangkutan.
Menurut Salahuddin, Terengganu merupakan lokasi kelapan penganjuran program perintis bagi pelaksanaan program tersebut.
"Seramai 481 pelajar iaitu 256 orang pelajar kolej tingkatan enam dan 225 orang pelajar kolej vokasional di sekitar Kuala Terengganu dipilih menerima bantuan itu hari ini.
"Kementerian akan terus komited untuk memastikan seluruh warga Malaysia MADANI dilindungi dan tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup dalam situasi mencabar dan tidak menentu pada masa ini," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Jul 18 2023
Salahuddin berkata, menerusi program itu setiap pelajar terpilih menerima bantuan dalam bentuk e-dompet bernilai RM50 sebulan bagi tempoh tiga bulan berturut-turut. - Gambar fail/Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
13 remaja lelaki didakwa bunuh pelajar kolej vokasional
Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Pelajar kolej vokasional ditemukan meninggal dunia, 13 ditahan bantu siasatan
Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring di atas lantai di bilik asrama sebuah kolej vokasional, di sini pagi tadi.
Pelajar kolej vokasional maut, nahas tiga kenderaan
Kesemua kenderaan terbabit dalam perjalanan dari arah yang sama daripada Kuala Lumpur ke Johor Bahru.
Kakitangan kolej vokasional didakwa kes seksual 5 remaja lelaki
Seorang pembantu operasi sebuah kolej vokasional mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tujuh tuduhan melakukan amang seksual fizikal dengan menyentuh kemaluan lima remaja lelaki.
Cadangan tambah kolej vokasional tawar kursus EV antara tumpuan Dewan Rakyat
Zahir Hassan ingin tahu rancangan KPM untuk menambah kursus-kursus TVET yang lebih relevan seiring dengan perkembangan teknologi semasa.
KPM akan perkukuh program agrotek di kolej vokasional - Fadhlina
Fadhlina berkata program-program pertanian dengan pelbagai rakan strategik yang dilaksanakan ketika ini juga sangat signifikan ke arah keterjaminan makanan.
KPM rancang tambah kolej, program vokasional
Fadhlina berkata ketika ini terdapat 86 KV di seluruh negara dengan setiap tahun purata 10,000 graduan dihasilkan oleh kolej itu.
3,176 pelajar tingkatan enam, kolej vokasional terima Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai
Menerusi program itu setiap pelajar terpilih menerima bantuan e-dompet bernilai RM50 sebulan bagi tempoh tiga bulan berturut-turut.
Lokasi dikesan musuh angkara degil guna telefon bimbit
Siasatan awal itu mendapati kedegilan anggota tentera tersebut membawa padah apabila lokasi mereka berjaya dikesan musuh.
Hadir kelas walaupun bergejala, 76 pelajar Kolej Vokasional di Melaka positif COVID-19
Sebuah Kolej Vokasional di sini diarah tutup selepas 76 kes positif COVID-19 direkodkan membabitkan pelajar sekolah berkenaan.