awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 diselamatkan selepas hanyut di laut rupanya lanun Selat Melaka, Selat Singapura

Bernama
Bernama
03/11/2023
10:39 MYT
3 diselamatkan selepas hanyut di laut rupanya lanun Selat Melaka, Selat Singapura
Basarnas menyelamatkan tiga individu pada Isnin selepas terkandas di laut akibat ombak besar. - Gambar hiasan
JAKARTA: Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) menyelamatkan tiga individu pada Isnin selepas terkandas di laut akibat ombak besar, tetapi ditahan pula oleh pihak tentera laut kemudiannya selepas terdapat keraguan akan aktiviti pelayaran mereka.
Ketiga-tiga suspek disyaki melakukan kegiatan lanun di Selat Melaka dan Selat Singapura selepas pihak berkuasa tidak menemui sebarang peralatan menangkap ikan di dalam bot mereka, menurut Pangkalan Tentera Laut Tanjung Balai Karimun di Wilayah Riau.
Pada Rabu, penyiasat tentera laut ke kampung Pongkar untuk menyoal siasat tiga individu terbabit yang kemudiannya mengakui kegiatan mereka. Dua individu lagi kini sedang diburu.
"Tiga daripada mereka disyaki terlibat dalam kegiatan lanun di selat itu," kata Pegawai Tentera Laut Mejar P. Panjaitan dalam satu kenyataan.
Mereka mendedahkan taktik yang digunakan, termasuk merekrut penduduk tempatan dan memilih kapal-kapal sebagai sasaran menggunakan aplikasi maklumat perkapalan.
Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan lanjut untuk menentukan tindakan undang-undang yang perlu diambil terhadap ketiga-tiga suspek.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Basarnas
#lanun Selat Melaka
#hanyut di laut
#keselamatan perairan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan