awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 kedai sederet musnah dijilat api

Aida Aziz
Aida Aziz
20/08/2023
23:00 MYT
3 kedai sederet musnah dijilat api
Tiga buah kedai sederet musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran di Kampung Sungai Dulang, Sungai Sumun, Hutan Melintang, pada Ahad.
HUTAN MELINTANG: Tiga buah kedai sederet musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran di Kampung Sungai Dulang, Sungai Sumun, di sini, pada Ahad.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, susulan kebakaran tersebut seorang lelaki berusia 38 tahun yang juga pemilik kedai telefon melecur di bahagian muka serta tangan.
Katanya, pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.20 malam, sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang dibantu BBP Teluk Intan dikejarkan ke lokasi.
"Jentera bomba tiba di tempat kejadian dan mendapati kebakaran membabitkan tiga unit kedai kelas A berkeluasan keseluruhan 40X60 kaki persegi musnah sebanyak 85 peratus.
"Ia membabitkan kedai gunting rambut, kedai telefon dan kedai jahit.
"Terdapat seorang mangsa iaitu pemilik kedai telefon melecur 25 peratus di bahagian muka dan tangan. Dia dibawa ke Hospital Anson Bay sebelum ketibaan pasukan bomba," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Katanya, pasukan bomba memadam kebakaran dengan menggunakan dua aliran dua pancutan 100 kaki sehingga selesai.
Operasi yang diketuai oleh Ketua BBP Hutan Melintang, Mohd Azroisan Wahab itu tamat pada jam 9.59 malam.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#tiga kedai sederet
#Kampung Sungai Dulang
#Hutan Melintang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan